Aishwarya Rai Dilantik Sebagai Duta HIV/AIDS PBB

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishwarya gembira dilantik sebagai duta HIV/AIDS.
Aishwarya gembira dilantik sebagai duta HIV/AIDS.

PELAKON terkenal Bollywood, Aishwarya Rai secara rasminya telah dilantik sebagai duta besar dalam program UNAIDS oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Aishwarya bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat mengenai bahayanya gejala tidak sihat yang akan mengakibatkan penyakit HIV/AIDS terutama dikalangan wanita.

"Menyebarkan kesedaran tentang isu kesihatan terutama yang berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak adalah menjadi keutamaan saya," katanya.

UNAIDS adalah sebuah program yang mengangkat rencana global terhadap penghapusan jangkitan baru HIV di kalangan kanak-kanak selain menjaga kebajikan wanita dan kaum ibu.

Aishwarya akan menjalankan kempen ini di 22 buah negara termasuk India yang paling berpotensi dalam penularan penyakit itu.

"Sebagai seorang ibu saya secara peribadi prihatin terhadap masalah yang kurang menjadi kesedaran masyarakat dan ini adalah salah satu tanggungjawab saya untuk memberi pendedahan kepada mereka," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan