Pengarah Kecewa Slot Tayangan 'Ngorat'

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

A Razak Mohaideen
A Razak Mohaideen

PETALING JAYA: Kegagalan filem Ngorat memperolehi slot tayangan terbaik di pawagam menimbulkan kekecewaan kepada pengarahnya, Prof. Madya A Razak Mohaideen.

Bagaimanapun, A Razak berkata, dia akur dengan tarikh tayangan baru filem itu pada 4 Oktober depan berbanding tarikh asalnya pada 5 Julai lalu walaupun kedua-dua slot tersebut bukan waktu terbaik yang dapat menjamin sambutan hangat penonton.

"Filem ini terpaksa ditayangkan juga pada 4 Oktober depan walaupun ia bukan tempoh terbaik untuk menarik penonton ke pawagam.

Kami sudah tunda ia daripada slot asal pada 5 Julai lalu bagi mengelakkan persaingan sengit filem-filem besar ketika itu.

"Pada kali ini Ngorat terpaksa ditayangkan juga kerana kami tidak punya pilihan.

"Takkan kami hendak simpan filem ini sehingga benar-benar mendapat slot yang diingini? Tentu ia jadi kurang relevan jika ditangguhkan lebih lama," katanya.

A Razak berkata demikian pada majlis pra tonton filem ke-34 arahannya itu di Mutiara Damansara di sini, petang Jumaat lalu.

Filem genre komedi itu dibintangi antaranya Eidil Putra, Aaron Aziz, Erra Fazira, Zain Hamid, Nas-T, Dira Abu Zahar dan Tania Hudson.

A Razak berkata, senario lambakan filem tempatan pada hari ini memaksa filem itu menerima tarikh tayangan yang diberikan tanpa banyak pilihan.

"Sudah tentu kalau kami dapat tayangkan Ngorat pada musim cuti sekolah atau perayaan, pasti sambutan dan kutipannya lebih terjamin berbanding hari-hari biasa.

"Mahu tidak mahu, kami terpaksa ambil jalan selamat dan mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada filem ini," katanya.

Mengenai potensi filem itu di pawagam kelak, A Razak berkata, dia tidak berani untuk meletakkan sebarang sasaran kutipan kerana keadaan industri filem yang tidak menentu pada hari ini.

"Susah hendak ramalkan sejauh mana filem ini dapat menarik penonton berdasarkan keadaan kutipan filem tempatan yang tidak menentu kini.

"Persaingan dua filem tempatan pada setiap minggu sebenarnya membataskan peluang setiap filem untuk mendapat kutipan yang tinggi.

"Secara dasarnya sesebuah filem itu hanya ada tempoh enam atau tujuh hari sahaja untuk menarik perhatian penonton sebelum muncul filem baru," katanya.

Ngorat berkisar mengenai seorang pemuda bernama Ijam lakonan Eidil Putra yang mengalami masalah untuk mencari teman wanita sehingga dia dianggap seorang yang 'gagal' di kalangan rakan-rakannya.

Pada satu hari, Ijam bertemu dengan seorang kanak-kanak yang merupakan pari-pari dan memberikan sehelai broucer kepadanya.

Broucer tersebut memaparkan alamat laman web www.arjunakasih.com.my yang memberikan tip untuk Ijam memikat wanita.

Maka, bermulalah misi pencarian Ijam terhadap seorang demi seorang wanita dengan bimbingan pari-pari bernama AK (Aaron Aziz).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan