Aaron Aziz Bimbang Penerimaan Peminat Untuk Watak Komedi

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aaron Aziz
Aaron Aziz

PETALING JAYA: Perasaan bimbang terhadap penerimaan peminat membuatkan aktor popular Aaron Aziz lebih berhati-hati dalam menjayakan watak komedi buat pertama kali dalam filem Ngorat.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata, dia mengambil jalan selamat dengan melakonkan watak komedi bernama Arjuna Kasih dalam filem itu mengikut skrip dan bimbingan pengarahnya Prof Madya A Razak Mohaideen.

"Saya tidak berpengalaman dan ini adalah kali pertama saya bawakan watak komedi. Saya tidak berani memandai-mandai ketika berlakon.

"Saya bimbang kalau terlalu mencuba untuk buat kelakar tetapi ia tidak menjadi. Jadi saya ambil jalan selamat dengan mengikut sahaja skrip dan bimbingan Prof (A Razak)," katanya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan previu filem tersebut di Mutiara Damansara di sini, petang Jumaat lalu.

Aaron berkata, percubaan terhadap watak komedi bukan bermakna dia merancang untuk mengembangkan profil kepada cabang itu tetapi sekadar mempelbagaikan karakter lakonannya.

"Saya tidak berniat pun hendak jadi pelawak atau pelakon komedi. Ia hanya percubaan untuk mempelbagaikan karakter lakonan saya.

"Saya seronok dengan pengalaman menjayakan watak itu dan mahu menawarkan kelainan kepada para peminat," katanya.

Terbaru, aktor berasal dari Singapura ini sedang terlibat dalam penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham di Perlis.

Dia juga bakal terbang ke Capetown, Afrika Selatan pada minggu depan bagi mengacarakan program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia untuk tayangan Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan