5,000 Penonton Banjiri 'Konsert Kemuncak Suria FM 2012'

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah berkata, sambutan baik terhadap Konsert Kemuncak Suria FM 2012 membuktikan penganjuran konsert untuk kali keempat itu masih mendapat tempat di hati orang ramai khususnya warga Putrajaya.
Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah berkata, sambutan baik terhadap Konsert Kemuncak Suria FM 2012 membuktikan penganjuran konsert untuk kali keempat itu masih mendapat tempat di hati orang ramai khususnya warga Putrajaya.

PUTRAJAYA: Kira-kira 5,000 penonton membanjiri Dataran Putrajaya bersempena Konsert Kemuncak Suria FM 2012 yang berlangsung pada malam Sabtu, di sini.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah berkata, sambutan baik itu membuktikan penganjuran konsert untuk kali keempat itu masih mendapat tempat di hati orang ramai khususnya warga Putrajaya.

Katanya, apa yang lebih membanggakan pelbagai aktiviti karnival yang bermula sejak pukul 12 tengah hari turut menerima kunjungan sekitar 30,000 orang.

"Kami berbangga dengan sambutan yang lebih baik daripada orang ramai pada acara kemuncak konsert pada tahun ini.

"Dianggarkan 30,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya sejak sebelah siang bagi memeriahkan pelbagai aktiviti seperti gerai jualan, pertandingan karaoke dan pra konsert pada pukul 5 hingga 7 petang tadi (petang Sabtu).

"Angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding penganjuran pada tahun-tahun sebelum ini," katanya ketika ditemui pada tapak konsert berkenaan di Presint 3, di sini.

Konsert yang bermula pada sekitar 8.30 malam itu mendapat kerjasama Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Perbadanan Putrajaya.

Antara artis yang membuat persembahan adalah Ella, Shila Amzah, Faizal Tahir, Alyah, Aliff Aziz, kumpulan 6ixth Sense dan Nico.

Pra konsert pada sebelah siang pula membariskan penyanyi-penyanyi baru iaitu kumpulan Klangit, Drama Band, Aryan Band, Amir Jahari dan Arrora Salwa.

Mengenai matlamat penganjuran konsert, Yusry berkata, acara berkenaan bukan sahaja dapat mendekati dan menghargai peminat stesen itu, malah dapat menarik lebih ramai pendengar baru dalam masa terdekat.

"Jumlah pendengar Suria FM pada masa ini adalah sekitar 3 juta orang. Kita yakin ia akan terus meningkat dalam tempoh sebulan dua ini menerusi usaha kita mendekati mereka dengan pelbagai aktiviti," jelasnya.

Yusry berkata, selepas konsert tersebut, Suria FM akan melancarkan siri jelajah program Clash of the Band bagi mencari kumpulan pemuzik di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara, bermula bulan depan.

"Selain Clash of the Band yang memasuki tahun kedua penganjurannya, kita juga akan adakan sebuah konsert penghargaan di Sabah pada hujung tahun ini.

"Memandangkan Suria FM juga beroperasi Sabah, konsert itu adalah tanda penghargaan kami untuk pendengar di sana," kongsinya.

Terdahulu, siri jelajah Suria FM Rancak Tour diadakan di empat lokasi iaitu Taiping Sentral, Perak pada 15 September lalu, Kuantan Parade, Pahang (16 September), Kluang Mall, Johor (22 September) dan Metro Kajang, Selangor (23 September).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan