Tangan Disangka Lebam Rupanya Retak - Syafie Naswip

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syafie tidak kisah sekiranya pelakon baru yang menendangnya ketika penggambaran drama Neraka Abah baru-baru ini.
Syafie tidak kisah sekiranya pelakon baru yang menendangnya ketika penggambaran drama Neraka Abah baru-baru ini.

PETALING JAYA: Pelakon Syafie Naswip memberitahu siku pada tangan kirinya yang disangka sekadar kecederaan biasa rupa-rupanya disahkan retak akibat hentakan pada akar pokok selepas ditendang kuat oleh seorang aktor remaja.

Syafie, 20, berkata, doktor yang merawatnya memberitahu perkara selepas imbasan sinar X dilakukan baru-baru ini.

"Sebelum ini ia hanya bengkak dan lebam teruk sahaja tetapi selepas beberapa hari kesakitannya semakin bertambah. Apabila saya pergi ke hospital, doktor memberitahu saya mengalami keretakan pada bahagian siku," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Syafie, doktor memaklumkan kecederaannya itu tidak kritikal dan hanya perlu dibalut dan diberikan ubat.

Syafie mengalami kecederaan tersebut ketika penggambaran telefilem “Neraka Abah” akibat ditendang kuat oleh seorang pelakon ketika penggambaran berlangsung.

Dalam pada itu, Syafie memberitahu pelakon remaja berkenaan masih belum memohon maaf kepadanya berhubung insiden itu dan dia mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut.

Syafie berkata dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang agar kejadian serupa tidak berulang kembali.

"Sehingga sekarang dia masih belum meminta maaf tetapi saya tidak kisah kerana tidak mahu membesar-besarkan perkara itu," katanya yang enggan mendedahkan identiti pelakon tersebut.

Telefilem arahan Heykal Hanifah itu turut dibintangi Amyza Aznan, Azhan Rani, Zarina Zainoordin (AF2) dan adik Raikal.

Ia bakal ditayangkan pada 17 Oktober depan di TV9.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan