Hikmah Bertudung, Masyarakat China Sanjung Shila Amzah

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shila memegang piala kemenangannya dalam Asian Wave 2012 yang diadakan di Shanghai, China pada 20 September lalu.
Shila memegang piala kemenangannya dalam Asian Wave 2012 yang diadakan di Shanghai, China pada 20 September lalu.

SEPANG: Juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah menjelaskan keputusannya memakai tudung memberi hikmah yang cukup besar apabila dia diterima dengan baik oleh masyarakat China selepas menjadi juara Asian Wave 2012.

Shila berkata, dia sangat terharu dengan penerimaan peminat di negara itu ketika menyertai pertandingan tersebut kerana mereka benar-benar menghormati imejnya sebagai wanita Islam.

"Ternyata dalam setiap tindakan yang kita lakukan akan ada ganjarannya dan saya melihat hikmah kerjaya dan rezeki saya terbuka luas di negara orang sebagai satu nikmat yang besar.

"Malah saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup menggembirakan saya," ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu.

Pada Khamis lalu, Shila yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon 80-an, ND Lala dinobatkan sebagai juara program Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai.

Shila menyampaikan tiga buah lagu iaitu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).

Kepulangan Shila bersama keluarganya turut disambut oleh peminat dan rakan-rakan media.

Tambah Shila, pihak produksi dan semua peserta yang terlibat juga turut memberikan layanan baik sepanjang berada di negara itu.

Katanya kejayaan yang dikecapnya itu adalah satu penantian berbaloi selepas hampir 12 tahun bergelumang sebagai anak seni selain menjadi bukti usahanya selama ini tidak sia-sia.

Sementara itu Shila berkata, kejayaan tersebut membuatkan dia diberi peluang menjadi penyanyi jemputan untuk konsert bintang negara tersebut iaitu Eric Moo di Beijing pada 17 November depan.

Eric adalah penyanyi dan komposer yang berasal dari Kampar, Perak dan berjaya mencipta nama di negara tersebut.

Katanya ia satu penghargaan yang amat besar kerana mampu melangkah setapak lagi dalam mengembangkan bakatnya ke peringkat yang lebih jauh.

"Kejayaan ini bukan bererti saya sudah boleh mendabik dada sebaliknya masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian kerana cabaran yang akan datang lebih hebat selepas ini," jelasnya.

Shila memberitahu kemenangan itu juga membolehkan dia berkongsi dana bersama pemenang tempat kedua dan ketiga bernilai RM5 juta yang diperuntukkan oleh Shanghai Media Group (SME).

Wang itu bagi menjalankan aktiviti promosi, persembahan pentas dan juga dalam usaha menjadikannya artis terkenal di seluruh Asia.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan