Robert Pattinson Terima Kristen Dengan Syarat Mesti Kahwin - Berita Hiburan | mStar

Robert Pattinson Terima Kristen Dengan Syarat Mesti Kahwin

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK berita tentang kecurangan Kristen Stewart dengan pengarah Rupert Sanders tersebar meluas, hubungan cinta pelakon wanita itu dengan Robert Pattinson retak.

Namun Daily Star melaporkan Robert sudah pun bersedia untuk memaafkan Kristen dengan satu syarat iaitu dengan mengahwininya dan menghabiskan seluruh hidup bersamanya.

"Rob memberitahu kepada Kristen bahawa dia akan memaafkan kecurangan Kristen jika dia sanggup memberi sepenuh komitmen dengannya.

"Dan tidak akan kembali bersama jika Kristen enggan mengikat sebarang ikatan dengannya," kata sumber.

Pasangan selebriti itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu selepas bergandingan dalam filem Twilight. Sayangnya, hubungan mereka berakhir gara-gara foto-foto perselingkuhan Kristen dengan Rupert yang tersebar luas di media.

Kristen sendiri telah meminta maaf kepada Robbert serta peminat-peminatnya dan menganggap kelakuan nakalnya itu telah memakan diri sendiri.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan