Julia Perez Hindari Babak Bercium Demi Kekasih

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Julia Perez
Julia Perez

JAKARTA: Penyanyi dan pelakon seksi Julia Perez (Jupe) mengakui dia tidak pernah melakonkan adegan bercium di dalam filem walaupun dia sering tampil seksi dan sinonim dengan imej keseksualan selama ini.

"Satu pesan Gaston, jangan pernah bercium ketika berlakon kerana bimbang akan dibalas oleh pasangan pelakon saya. Kalau ciuman itu dibalas nanti, akan susah jadinya.

"Bukan apa, saya bimbang adegan ranjang sebegitu akan mendatangkan keghairahan pula,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal, di sini.

Jupe berkata, walaupun hubungan dengan kekasihnya pemain bola sepak Argentina, Gaston Castano terputus sejak lelaki itu pulang ke negara asalnya, dia masih setia sebagai kekasih.

Katanya, dia lebih selesa menjalani hubungan untuk jangka masa yang panjang dengan mana-mana lelaki yang dikenalinya.

“Saya amat menghargai kewujudan lelaki dalam hidup saya. Saya tidak pernah anggap mereka seperti sarung kaki yang akan dicampak ke tepi selepas digunakan. Jadi, saya tidak mahu mempermain=mainkan lelaki.

“Sejak dulu lagi, saya mempunyai satu sikap iaitu setia pada satu kekasih. Saya tidak pernah menjalani hubungan untuk jangka masa pendek,” katanya

Katanya, dia cuba bertahan dan memahami kesibukan kekasihnya itu walaupun Gaston sudah tidak menghubunginya sejak pulang ke Argentina.

“Sudah lama kami tidak berkomunikasi. Saya faham keadaan di Argentina itu, agak sukar untuk kami berhubungan. Apatah lagi dengan perbezaan waktu di antara Jakarta dan Argentina adalah 12 jam.

“Kalau waktu di sini pukul 10 malam, dia di sana baru pukul 10 pagi. Agak sukar untuk mencari waktu terbaik untuk kami berkomunikasi,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan