Darling Ngasri Akui Rindu Dunia Lakonan

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Darling mahu memberikan tumpuan kepada syarikat produksinya iaitu Nasreen Production dan keluarga.
Darling mahu memberikan tumpuan kepada syarikat produksinya iaitu Nasreen Production dan keluarga.

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit, Darling Ngasri mengakui rindukan dunia lakonan selepas hampir tiga tahun tidak muncul dalam sebarang drama baru.

Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, 29, berkata, kesibukannya untuk menguruskan syarikat produksinya iaitu Nasreen Production telah membataskan masanya untuk terlibat dalam sebarang projek sebagai pelakon.

"Masa saya sangat terhad kerana sibuk dengan tugas sebagai penerbit yang memerlukan saya sentiasa ada untuk menguruskan pelbagai perkara.

"Bagaimanapun saya akui rasa rindu untuk kembali berlakon sentiasa ada," katanya kepada mStar Online.

Tambah Darling, dia akan kembali berlakon sekiranya mempunyai kelapangan untuk mengubat kerinduannya.

Dalam pada itu, Darling memberitahu statusnya sebagai isteri kepada Nur Azlin Rahmat, 39, turut menyumbang kepada faktor tersebut.

Kata Darling, selepas bergelar isteri dan ibu dia perlu bijak membahagikan masa dengan baik supaya kehidupannya seimbang.

"Kehadiran anak telah mengubah hidup saya sebagai seorang wanita dan banyak mengajar saya untuk menjadi lebih bertanggungjawab," katanya.

Darling dan Nur Azlin berkahwin pada tahun 2009 dan telah dkurniakan seorang cahaya mata lelaki, Nur Nashrullah, setahun.

Sementara itu, Darling memberitahu, dua drama terbitan syarikatnya iaitu Janji Kita dan Sepai bakal ditayangkan di TV9 dan TV1 selain beberapa projek lagi dalam proses penggambaran.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan