Azmeer, Arja Lee Terima Ijazah USM

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Omar Osman (tengah) mengucapkan tahniah kepada pelakon Arja Lee (kiri) dan komposer Azmeer selepas majlis konvokesyen USM ke-46 di sini, pada Jumaat. Mereka merupakan antara 534 orang penerima ijazah pada upacara konvokesyen USM. - Foto BERNAMA
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Omar Osman (tengah) mengucapkan tahniah kepada pelakon Arja Lee (kiri) dan komposer Azmeer selepas majlis konvokesyen USM ke-46 di sini, pada Jumaat. Mereka merupakan antara 534 orang penerima ijazah pada upacara konvokesyen USM. - Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Komposer terkenal Azmeer dan pelakon Arja Lee berasa gembira apabila mereka akhirnya menerima segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM) selepas berhempas-pulas selama tiga tahun.

Menceritakan antara rintangan yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi pelajar, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, 46, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik berkata, beliau terpaksa berjauhan daripada keluarganya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

"Saya seperti pelajar-pelajar lain tinggal di asrama kerana perlu menghadiri kelas setiap hari. Cuma pada hujung minggu saya balik ke Shah Alam.

"Namun hari ini segala rintangan dan dugaan itu telah terbayar. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya memperoleh ijazah," katanya selepas sidang keenam konvokesyen ke-46 USM di sini, pada Jumaat.

Azmeer yang ditemani isteri Azira Azid dan dua anak perempuan mereka, Afrisya Adlina dan Alani Marrisya, mengucapkan terima kasih kepada USM kerana memberi peluang kepadanya untuk menyambung pelajaran.

"Terima kasih kepada USM kerana memperkenalkan Program Pengajian Warga Budaya dan ini adalah peluang untuk golongan artis seperti kami melanjutkan pelajaran," katanya yang merancang untuk menyambung pelajaran sehingga peringkat doktor falsasah (PhD).

Seorang lagi artis yang turut menerima ijazah dalam bidang Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) ialah pelakon Arja Lee atau Azharudin Ramli, 29.

Arja berkata, ijazah itu merupakan hadiah paling bermakna kepadanya dan keluarga.

Ditanya mengenai rancangan masa depan, Arja berkata, dia akan menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan sebelum merancang untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, Program Pengajian Warga Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu adalah program khas untuk golongan artis menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Hari ini dua siswazah sulung program ini telah berjaya memperoleh ijazah dan ada enam lagi pelajar Warga Budaya sedang mengikuti pengajian. Kita percaya usaha USM ini sedikit sebanyak akan memberikan impak positif kepada industri hiburan negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan