Tom Cruise Elak Bertemu Media Kerana Ajaran 'Sainstologi'

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tom Cruise dilihat semakin kurus sejak akhir-akhir ini.
Tom Cruise dilihat semakin kurus sejak akhir-akhir ini.

SEJAK kebelakangan ini, nama Tom Cruise sering menjadi bahan berita utama berhubung ketaksubannya dengan ajaran sainstologi.

Menurut laporan portal DigitalSpy, hal tersebut membuatkan Tom terpaksa menjauhkan diri daripada pihak media yang ingin mengetahui tentang ajaran yang diamalkan itu.

Malah dia tidak menyertai promosi filem lakonan terbarunya, Jack Reacher membuatkan pihak penerbit iaitu Paramount Pictures terpaksa bersetuju dengan tindakan Tom agar ia tidak diganggu dengan soalan-soalan peribadi.

Tom semakin menjadi perhatian sejak berita penceraiannya dengan Katie Holmes yang berpunca daripada ajaran Scientology.

Kemudian, majalah Vanity Fair telah membongkar rahsia bahawa pihak gereja Scientology mempunyai kaitan besar dengan penceraian berkenaan.

Masalah yang berlaku itu membuatkan Tom semakin menghilang dan tidak lagi menyertai sebarang acara hiburan di Hollywood.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan