'Insentif Kerajaan Jadikan Karya Lebih Bermutu' - Ahmad Idham

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Idham
Ahmad Idham

PETALING JAYA: Penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap sumbangan kerajaan melalui dana Insentif Kreatif Negara dari peruntukan RM6 juta kepada penggiat seni akan membantu pengkarya menghasilkan produk yang lebih bermutu.

Ahmad Idham berkata, insentif itu akan memberi kesan kepada kualiti penerbitan tidak sahaja daripada sudut teknikal tetapi penceritaan serta melahirkan pelakon yang berkualiti.

“Elemen-elemen yang berkualiti dalam setiap karya akan mampu mengangkat imej produk tempatan terhadap kebolehpercayaan penonton untuk menerima sesebuah karya yang dihasilkan,” katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai peruntukan yang diterimanya sebanyak RM80,000 melalui insentif berkenaan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 18 September lalu.

Sebanyak 16 syarikat produksi yang aktif di negara ini memperoleh insentif berkenaan dalam jumlah yang berbeza. Ia disampaikan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Penerbit Excellent Pictures itu menambah, sumbangan tersebut bukan sahaja dapat menjadi pembakar semangat kepada produser di negara ini tetapi secara tidak langsung ia membuktikan industri kreatif mampu menjana pendapatan buat negara.

Dalam perkembangan lain filem terbaru keluaran syarikatnya iaitu Apa Celop Toqq akan ditayangkan di seluruh negara bermula 25 Oktober depan.

Ia membariskan para pelakon seperti Azad Jasmin, Taiyuddin Bakar, Intan Ladyana dan Hazama Azmi.

Ahmad Idham juga sibuk mengarahkan filem terbaru berjudul Lari di Perlis.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan