Filem Kontroversi 'Innocence of Muslims' Tidak Wujud?

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para wartawan berkumpulan di rumah Sam Bacile kerana kontroversi filemnya.
Para wartawan berkumpulan di rumah Sam Bacile kerana kontroversi filemnya.

PORTAL hiburan The Hollywood Reporter (THR) telah melontarkan pertanyaan pada Khamis sama ada filem kontroversi Innocence of Muslims yang mendapat bantahan seluruh umat Islam benar-benar wujud?

Ini kerana tayangan perdana filem tersebut yang dikatakan telah berlangsung di Hollywood tidak dihadiri oleh sesiapa pun termasuklah krew filem berkenaan.

Oleh yang demikian, portal berita berkenaan merumuskan Innocence of Muslims mungkin kini telah menjadi filem yang tidak wujud paling popular di dunia.

Lapor The Hollywood Reporter lagi, apa yang mungkin wujud hanyalah “trailer” sepanjang 14 minit yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube yang sekali gus mencetuskan ombak anti-Amerika di seluruh dunia.

Penulis skrip filem itu, Sam Bacile atau juga dikenali dengan nama Nakoula Basseley Nakoula sebelum ini dipetik sebagai berkata yang versi penuh filem itu telah ditayangkan di Vine Theatre Hollywood di bawah judul The Innocence of Bin Laden.

Bagaimanapun seorang kakitangan teater berkenaan memberitahu The Los Angeles Times, tiada siapa pun dilihat menyaksikan tayangan perdana itu atau terdapat kakitangan mahu pun krew filem itu menanti kehadiran penonton.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan