Sesi Dialog CCIG Dapat Sambutan Dingin Artis

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi CCIG Jurey Latiff Rosli (kanan) dan Ketua Pengarah Finas Mohd Naguib Razak pada sesi Dialog Industri Kandungan Kreatif 2012. - Foto oleh DARRAN TAN
Pengerusi CCIG Jurey Latiff Rosli (kanan) dan Ketua Pengarah Finas Mohd Naguib Razak pada sesi Dialog Industri Kandungan Kreatif 2012. - Foto oleh DARRAN TAN

KUALA LUMPUR: Program Dialog Industri Kandungan Kreatif 2012 yang sepatutnya menjadi medan menyebarkan maklumat dan bertukar pendapat berhubung dunia seni gagal mencapai matlamat akibat sikap artis tanah air yang tidak bersatu hati.

Sebagai penganjur, Pengerusi Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) Jurey Latiff Rosli berkata, keadaan itu boleh dilihat dengan jelas berdasarkan kehadiran para artis yang mengecewakan pada forum yang membincangkan masa depan industri kreatif itu.

“Kita (anak seni) tidak bersatu dan inilah yang menjadi punca semua permasalahan dalam dunia hiburan tanah air ini tidak dapat diselesaikan dan terus berlanjutan hingga hari ini.

“Lihat sahaja pada majlis hari ini (Selasa) yang bertujuan membentangkan hala tuju dan masa depan industri kreatif kepada khalayak khususnya warga seni tetapi kurang berjaya kerana kedatangan artis yang sangat mengecewakan.

“Walhal kita sudah sebarkan maklumat mengenai program ini secara menyeluruh menerusi pesanan mesej di kalangan penggiat dan laman sosial. Sayangnya, ia dipenuhi sebilangan kecil penggiat dan para pelajar perfileman sahaja,” katanya yang berharap agar ekosistem dunia seni perlu dibetulkan demi masa depan cabang itu.

Jurey berkata demikian ketika ditemui selepas program itu yang berlangsung di Studio Mixstage Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang di sini, Selasa.

Turut serta dalam dialog itu adalah Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak, Pengurus Kanan Bidang Ekonomi Utama Negara sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (NKEA CCI) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (Pemandu) Nor Asmah Mohd Noor, aktor dan penerbit Rosyam Nor dan aktres Sofia Jane Hisham.

Mengenai penubuhan CCIG yang dipertikaikan segelintir warga seni, Jurey berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengotakan perancangan seperti tertera dalam manifesto persatuan tersebut.

“Banyak yang kita rancang untuk laksanakan dan bukan setakat bercakap kosong termasuklah soal royalti dan pelarasan gaji penggiat seni tetapi ia memerlukan masa, sokongan dan kerjasama daripada warga seni itu sendiri,” katanya.

Ujar beliau, dalam masa terdekat pertubuhan itu bakal menubuhkan panel khas yang terdiri daripada 10 penggiat seni dan ahli akademik bagi mengkaji dan menilai pelarasan gaji ahli-ahli CCIG berdasarkan pencapaian, pengetahuan, kebolehan dan pengalaman mereka.

“Tidak kiralah apa cabang seni kreatif yang mereka lakukan sama ada pelakon, pekerja filem atau sesiapa sahaja berdaftar di bawah CCIG, butiran mereka akan dikaji oleh panel khas.

“Kami tidak mempunyai peruntukan undang-undang dalam memberikan akreditasi kepada warga seni kita, panel khas itu akan mengumpulkan maklumat tersebut. Seterusnya mereka akan mendapatkan pengiktirafan ke atas warga seni kita daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

“Jika ahli-ahli CCIG sudah mendapat akreditasi kelak, maka mudah bagi kita untuk mengemukakan cadangan gaji yang bersesuaian dan menuntut hak-hak penggiat termasuk royalti dan bayaran gaji bekerja lebih masa,” katanya.

Dalam pada itu, sesi dialog kedua program itu pula dikendalikan penulis skrip filem Jaws dan bekas Naib Presiden Writers Guild of America, Carl Gottieb yang menyentuh mengenai peranan dan kepentingan sesebuah persatuan dalam profesion perfileman dan panduan menulis skrip bertaraf “blockbuster Hollywood”.

Majlis penutup dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif CCIG Datuk Shariff Ahmad.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan