Iedil Putra Mahu Popular Kerana Bakat

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iedil lebih memetingkan kredibiliti dirinya sebagai pelakon berbanding publisiti.
Iedil lebih memetingkan kredibiliti dirinya sebagai pelakon berbanding publisiti.

PETALING JAYA: Pelakon Tengku Iedil Putra Alaudin lebih mementingkan kredibiliti sebagai seorang pelakon berbanding publisiti yang perlu diberikan terhadap dirinya.

Iedil Putra, 28, berkata, dia percaya jika kemampuannya sebagai pelakon dapat dibuktikan kepada peminat, nescaya publisiti dan promosi itu akan datang sendiri dengan sendirinya.

"Bukan saya kata publisiti itu tidak penting tetapi sebagai pelakon saya perlu membuktikan kelebihan diri terlebih dahulu kepada masyarakat bahawa saya layak untuk mendapat perhatian mereka," katanya kepada mStar Online.

Tambah Iedil, dia tidak mahu dikenali hanya kerana cerita-cerita peribadi sebaliknya bakat dan kredibilitinya sebagai pelakon yang perlu diperbualkan.

Dalam pada itu, Iedil mengakui kerjaya lakonannya semakin berkembang dan mula mendapat perhatian penonton namun memberitahu masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.

"Sudah hampir empat tahun saya bergiat secara aktif sebagai pelakon dan 2012 nampaknya memberikan banyak sinar kepada kerjaya saya," katanya.

Sementara itu, dia bakal muncul dengan filem Ngorat di samping Aaron Aziz dan Erra Fazira pada 4 Oktober depan. Dia mengakui gementar apabila digandingkan dengan dua nama besar itu.

Bagaimanapun kata Iedil, dia berasa lega apabila kedua-dua pelakon tersebut sangat ramah dan banyak membantunya dalam menjayakan filem arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen itu.

"Ini merupakan filem pertama yang menampilkan saya sebagai watak utama. Aaron dan Erra adalah sangat profesional dan tidak lokek dengan ilmu ketika berada di set penggambaran.

"Pengalaman berlakon di samping mereka tidak akan saya lupakan," katanya.

Bercerita lanjut mengenai filem itu, Iedil berkata ia sebuah filem komedi tentang seorang lelaki yang menggunakan khidmat pakar cinta untuk membantu dia mendapat kekasih.

Selain Ngorat, Iedil baru sahaja tamat penggambaran filem KL Zombie bersama Siti Saleha, Zizan Razak dan Faezah Elai.

Selain itu syarikatnya iaitu Playground Productions akan menerbitkan drama bersiri iaitu Disko Baldi yang pernah dipentaskan sebagai teater komedi pada awal tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan