Hanya Kutip RM400,000 Norman Akur Kegagalan '29 Februari'

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman menganggap kegagalan filem 29 Februari kerana faktor ekonomi.
Norman menganggap kegagalan filem 29 Februari kerana faktor ekonomi.

CYBERJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kegagalan filem 3 dimensi (3D) pertama terbitan syarikat tersebut iaitu 29 Februari disebabkan faktor ekonomi apabila ia hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM400,000 sahaja.

Norman berkata, penonton di negara ini mungkin masih belum bersedia untuk membayar lebih tiket untuk menonton filem berkenaan yang agak mahal bagi format 3D hingga menyebabkan ia gagal mencapai kutipan tinggi di pawagam.

"Secara dasarnya banyak faktor boleh dikaitkan mengapa filem ini gagal mendapat perhatian penonton namun satu perkara jelas iaitu penonton mungkin belum bersedia untuk membayar tiket sedikit mahal daripada biasa bagi menonton filem ini dalam format 3D.

"Bagaimanapun saya melihat kegagalan ini sebagai satu pengalaman berguna untuk pihak kami mengkaji corak dan kehendak penonton," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Norman faktor kekeliruan penonton yang menyangka filem yang menelan kos pembikinan dan promosi sebanyak RM3.5 juta ini sebuah karya patriotik juga turut menyumbang kepada kegagalan meraih sambutan.

Dalam pada itu, Norman memberitahu mereka tidak akan berhenti daripada menghasilkan filem berformat 3D sebaliknya akan meneruskan usaha berkenaan dalam filem terbaru iaitu Vikingdom dan Cicakman.

Kata Norman, sebagai seorang usahawan dia perlu mengambil risiko dan pada masa sama memberi sesuatu yang baru kepada penonton bagi memastikan industri perfileman negara terus berkembang dan tidak berada di takuk lama.

"Perasaan kecewa itu tidak boleh dielakkan tetapi sebagai usahawan, perkara ini adalah satu cabaran dan risiko yang perlu diambil. Namun pihak kami juga akan memastikan lebih peka terhadap selera penonton bagi memastikan sesuatu filem berkenaan mendapat sambutan," ujarnya.

Sementara itu, Norman berkata, atas dasar itu juga pihaknya menubuhkan anak syarikat Showbiz Production yang mempunyai objektif dan fungsi berbeza daripada filem-filem terbitan KRU Studios yang lain.

"Showbiz akan memberi fokus kepada filem komersial dan ringan mengikut selera penonton dan dengan cara itu kita dapat mengasingkan pecahan penonton mengikut selera mereka.

"Filem pertama Showbiz iaitu Hantu Kapcai diharap akan mendapat perhatian penonton dan memenuhi selera mereka," katanya.

Hantu Kapcai yang dibintangi oleh Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen dan Riza Amin itu akan ditayangkan bermula 27 September ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan