Sheera Iskandar Tunggu Peluang Lonjakkan Kembali Nama

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheera sedang menunggu watak yang paling sesuai untuk melonjakkan kembali namanya.
Sheera sedang menunggu watak yang paling sesuai untuk melonjakkan kembali namanya.

PETALING JAYA: Pelakon Sheera Iskandar masih menunggu peluang yang sesuai untuk melonjakkan kembali namanya sebagai pelakon selepas dilihat semakin menyepi daripada industri hiburan tanah air.

Sheera, 27, berkata, persaingan yang semakin sengit telah membuatkan dia lebih berhati-hati untuk memilih watak dan paling penting tidak dilihat sering membawakan watak sama.

"Industri lakonan semakin rancak dengan wajah-wajah baru dan saya sebagai seorang pelakon yang boleh dikatakan lama perlu bijak mencari dan memilih peluang supaya kita boleh kekal lama dalam industri.

"Saya juga masih menunggu watak sesuai yang boleh melonjakkan kembali nama saya dikalangan penonton," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun anak kepada pelakon Aznah Hamid itu menyangkal tanggapan dia sudah tidak berlakon kerana masih menerima banyak tawaran daripada pihak penerbit.

"Mungkin saya sudah lama tidak muncul di dalam akhbar atau majalah dan itu menyebabkan orang berfikir sedemikian tetapi hakikatnya saya sibuk dengan penggambaran," katanya.

Dalam pada itu, Sheera merancang untuk memulakan perniagaan bersama ibunya sebagai salah satu persediaan buat dirinya dan keluarga.

Menurut Sheera dia masih belum merancang apakah jenis perniagaan yang bakal dijalankan tetapi tidak menolak kemungkinan akan membuka sebuah rumah produksi miliknya sendiri.

"Bukan mudah untuk menjalankan sebuah perniagaan kerana perlu meneliti banyak aspek dan Insya Allah jika cukup ilmu dan pengalaman saya memang teringin untuk membuka sebuah rumah produksi.

"Tambahan pula ia memang berkaitan dengan bidang yang saya ceburi," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan