Reza Tidak Buat Masalah Kepada Suria FM

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reza Mohamed
Reza Mohamed

PETALING JAYA: Ketidakhadiran penyampai Suria FM, Reza Mohamed mengendalikan segmen Menu Ceria Suria pada Selasa dan Jumaat lalu secara mengejut bukan berpunca daripada masalah disiplin.

Sebaliknya, Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, Reza atau nama sebenarnya Syaiful Reza Mohamed, 34, tidak datang bertugas kerana mengalami demam pada hari berkenaan dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan stesen radio berkenaan.

“Dia (Reza) demam pada hari berkenaan. Bukankah ia perkara biasa kalau seseorang dilanda demam?

“Takkanlah dia hendak datang bertugas kalau tidak sihat? Kita bukannya akan sentiasa sihat dan tidak jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Ditanya adakah ketidakhadiran Reza dipengaruhi komitmennya dengan teater Rugabadi yang sedang dipentaskan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka, Adiwati berkata, penglibatan deejay tersebut dalam pementasan itu tidak memberikan kesan terhadap tanggungjawabnya sebagai penyampai radio.

“Perkara ini (tidak bertugas) tiada kena-mengena dengan masalah disiplin atau komitmen lain. Setakat ini, dia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Reza yang cuba dihubungi pada petang Khamis enggan ditemu bual dengan alasan dia sedang sibuk sehingga tengah malam.

Bekas penyampai Era FM itu menyertai Suria FM pada Ogos lalu bagi mengendalikan segmen Menu Ceria Suria pada pukul 10 pagi hingga 1 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan