'Keunggulan Ramli Sarip' Ubati Rindu Peminat

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARTIS: Ramli Sarip

ALBUM: Keunggulan Ramli Sarip

EDARAN: Warner Music Malaysia

KEHADIRAN Ramli Sarip dalam industri muzik tanah air memberikan banyak perubahan dalam arena muzik Malaysia.

Tambah pula sepanjang sembilan keluaran albumnya bersama kumpulan Sweet Charity dan lapan buah lagi secara solo, Ramli tidak pernah gagal dalam muziknya untuk memberi yang terbaik buat peminat-peminat yang sentiasa menunggu lagu-lagu terbaru daripadanya.

Buat para peminat yang merindui penyanyi kelahiran Singapura ini, ia pasti dapat diubati dengan kehadiran album kompilasi VCD Karaoke terbaru terbitan Warner Music Malaysia yang berjudul Keunggulan Ramli Sarip.

Menarik tentang album ini, ia merupakan kompilasi yang mengumpulkan lagu-lagu popular Ramli dan kumpulannya yang mula bertapak sejak tahun 1979.

Sebanyak 12 buah lagu dimuatkan, semestinya lagu seperti Panah Beracun, kau yang Satu, Perjalanan Hidup, Temasya Desa Gemalai, Doa Buat Kekasih (menampilkan Datuk Khadijah Ibrahim), Istilah Bercinta, Teratai dan Syair Laila Majnun menjadi pilihan buat para peminat setianya.

Ternyata walaupun Ramli tidak lagi muncul dengan produk lagu terbaru, lagu-lagu lamanya masih lagi menjadi ingatan dan koleksi baru untuk berhibur sambil menyanyikan lagu-lagu tersebut.

Dalam pada itu, para peminat juga dapat menyaksikan klip-klip video original bagi setiap lagu-lagunya.

Mendengar sambil menyanyi bagi setiap lagu dalam album ini juga membuatkan si peminat pasti mengimbas kembali zaman kegemilangan Ramli yang mungkin dapat dikaitkan dengan memori atau kenangan lama, seiring lagu-lagu popularnya itu.

Secara keseluruhannya, album ini tidak rugi dibeli kerana kesemua lagu-lagu yang dimuatkan adalah yang terbaik sepanjang pembabitan Ramli dalam bidang muzik tempatan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan