Penyanyi Neeta Pelik Dituduh Bercinta Dengan Hafiz (AF7)

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Neeta bersama dua lagi anggota kumpulan Iamneeta, Patrick (kiri) dan Anas.
Neeta bersama dua lagi anggota kumpulan Iamneeta, Patrick (kiri) dan Anas.

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan baru Iamneeta iaitu Neeta menganggap dakwaan terbaru yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan dengan Hafiz Suip (AF7) sebagai sesuatu yang pelik dan lucu.

Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manisha, 18, berkata, dia ketawa besar apabila mendapat tahu gosip itu yang dianggapnya sebagai tidak logik kerana pada dasarnya mereka hanya saling mengenali sebagai rakan artis.

“Saya tergelak besar dibuatnya apabila gosip yang mengaitkan saya dengan Hafiz timbul baru-baru ini.

"Padahal, kami hanya bertemu secara tidak sengaja di majlis rumah terbuka rakan saya di Kuching, Sarawak yang kebetulan turut dihadiri oleh Hafiz.

“Hanya kerana kami bergambar bersama di majlis itu, ada pihak membuat andaian kami mempunyai hubungan. Saya tidak mengenali dia secara peribadi dan tidak mempunyai nombor telefonnya. Apatah lagi untuk berhubung,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Ditanya mengenai beberapa mesej Twitter miliknya yang didakwa merujuk kepada hubungan mereka Neeta berkata, perkara itu tidak benar kerana dia tidak pernah berkongsi mesej berunsur peribadi di laman sosial berkenaan.

“Saya sendiri tidak pasti jika saya mengikuti Hafiz di Twitter dan begitu juga sebaliknya. Apatah lagi untuk saya menghantar mesej-mesej mencurigakan kepada Hafiz seperti didakwa kerana laman itu dipantau oleh pihak pengurusan saya bagi tujuan kerja.

“Salah faham itu timbul mungkin disebabkan saya kerap berkongsi mesej Twitter yang saya petik daripada kata-kata motivasi atau dialog filem yang indah dan menarik. Mesej-mesej itu sebenarnya untuk kepuasan dan motivasi sendiri, bukan ditujukan sebagai kiasan kepada individu tertentu,” jelasnya.

Neeta berkata, sebagai orang baru dalam bidang nyanyian dia sentiasa peka untuk tidak mencampuri urusan peribadi dan kerjaya bagi mengelakkan sebarang masalah.

“Saya sentiasa peka dan beringat untuk mengasingkan urusan peribadi dan kerjaya. Sebolehnya, kalau saya hendak bercinta pada masa akan datang, saya lebih senang untuk cari teman di luar bidang seni,” katanya.

Mengenai kerjaya, Neeta berkata, kumpulannya akan kembali aktif memenuhi undangan nyanyian bermula hujung minggu ini selepas mereka berehat seketika pada Ramadan dan Syawal lalu.

“Sebelum ini, kami berehat panjang kerana komitmen kuliah dan cuti Ramadan dan Hari Raya. Kami akan aktif semula dengan persembahan nyanyian pada hujung minggu kerana mempunyai komitmen kuliah pada hari biasa.

“Pada bulan depan, kami akan melancarkan lagu single kedua berjudul Terima Kasih berserta klip video. Selepas tujuh bulan bergelar artis rakaman, kami gembira apabila khalayak semakin mengenali kami berdasarkan reaksi mereka ketika bertembung di tempat awam,” kongsinya.

Menerusi sebuah program hiburan di televisyen baru-baru ini, Hafiz menafikan gosip tersebut dan menyifatkan ia sebagai khabar angin yang tidak berasas.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan