Esma Daniel Tidak Berniat Burukkan Zaiton Sameon

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Esma Daniel berharap filem Zaiton Ceritaku akan mendapat perhatian daripada penonton.
Esma Daniel berharap filem Zaiton Ceritaku akan mendapat perhatian daripada penonton.

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Esma Daniel menyangkal dakwaan bahawa filem pertama arahannya iaitu Zaiton Ceritaku yang berdasarkan pengalaman hidup penyanyi Zaiton Sameon dihasilkan untuk memburuk-burukkan artis itu.

Esma menjelaskan jalan cerita filem itu adalah berdasarkan fakta yang diceritakan sendiri oleh Zaiton dan mendapat persetujuan daripadanya untuk difilemkan.

"Filem ini dihasilkan mengikut perspektif Zaiton sendiri dan beliau banyak memberi nasihat mengenai apa yang patut dimasukkan ke dalam karya ini sebagai jalan cerita.

"Walaupun ada beberapa bahagian yang menceritakan mengenai sejarah buruk mengenai dirinya tetapi Zaiton membenarkan ia dipaparkan supaya penonton dapat mengetahui perkara sebenar tentang kisah hidup dirinya," kata Esma kepada mStar Online.

Filem Zaiton Ceritaku yang menampilkan Nadia Aqilah sebagai Zaiton bakal ditayangkan pada 1 November depan.

Dalam pada itu, Esma berkata, Zaiton berharap dengan paparan mengenai kisah hidupnya ia dapat membuka mata masyarakat mengenai apa yang telah terjadi supaya mereka mengambil pengajaran daripadanya.

Esma memberitahu, menerusi filem ini juga Zaiton dapat menjawab segala tohmahan dan tanggapan buruk terhadap dirinya oleh sesetengah pihak sebelum ini.

"Bagi Zaiton filem ini amat penting untuk beliau menceritakan perkara sebenar kepada masyarakat dan atas dasar itu juga beliau banyak memainkan peranan penting dalam menjayakannya.

"Malah ada beberapa kali beliau turun padang untuk memberi sokongan kepada kami semasa penggambaran dibuat," ujarnya.

Sementara itu, Esma memberitahu filem berkenaan tidak menggunakan mana-mana visual asal yang melibatkan penyanyi itu sebaliknya ia dibuat kembali bagi menggambarkan sesuatu situasi.

Malah kata dia cukup berpuas hati dengan prestasi Nadia yang memegang watak sebagai Zaiton dan pelakon itu berjaya menyelami watak tersebut dengan baik.

"Saya sendiri terkejut hasil lakonan Aqilah yang sangat bagus dan kelebihannya yang boleh menyanyi dengan baik telah memberi tambah nilai kepada lakonannya," jelasnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan