Showbiz Bukan Platform KRU Terbitkan Filem Kualiti Rendah

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman berkata, anak syarikat berkenaan diasaskan sebagai platform untuk menerbitkan filem-filem komersial, ringan, sub-budaya dan kontemporari mengikut selera dan trend semasa.
Norman berkata, anak syarikat berkenaan diasaskan sebagai platform untuk menerbitkan filem-filem komersial, ringan, sub-budaya dan kontemporari mengikut selera dan trend semasa.

PETALING JAYA: Penubuhan anak syarikat terbaru KRU Studios iaitu Showbiz Productions bukan bertujuan untuk menerbitkan filem-filem yang berkualiti rendah.

Sebaliknya, Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, anak syarikat berkenaan diasaskan sebagai platform untuk menerbitkan filem-filem komersial, ringan, sub-budaya dan kontemporari mengikut selera dan trend semasa.

"Kami ada hala tuju dan visi tersendiri. Penubuhan Showbiz Productions ada objektif dan fungsi berbeza daripada filem-filem terbitan KRU Studios.

"Menerusi Showbiz, kami memfokuskan pada filem-filem komersial dan ringan mengikut selera dan trend semasa berbeza dengan filem-filem terbitan KRU Studios yang bertumpu kepada tema dan skala besar.

"Dengan cara ini, kami dapat mengasingkan pecahan penonton sasaran mengikut selera mereka pada filem-filem yang kami terbitkan," katanya kepada mStar Online.

Norman berkata demikian pada pelancaran filem terbaru Hantu Kapcai di Cathay e @ Curve, Mutiara Damansara di sini, petang Selasa.

Filem sulung arahan Ghaz Abu Bakar yang dibintangi antaranya Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen dan Riza Amin itu akan ditayangkan bermula 27 September ini.

Norman berkata, penubuhan anak syarikat itu juga memberikan pilihan dan kebebasan kepada pihaknya untuk menyalurkan idea, konsep dan tema filem yang berbeza daripada karya terbitan KRU Studios.

"Anak syarikat ini adalah saluran kami untuk lebih bebas dan fleksibel dalam menerbitkan filem dengan tema dan kandungan yang berlainan dan semasa.

"Menerusi Showbiz, kami tidak perlu bimbang dan terikat dengan jenama KRU Studios untuk menerbitkan filem-filem ringan dan komersial," katanya.

Ditanya mengenai sambutan dingin filem 3D pertama mereka berjudul 29 Februari, Norman berkata, pihaknya tidak melihat menganggap ia sebagai kegagalan tetapi pengalaman berguna untuk filem-filem akan datang.

"Saya akui ia kurang menjadi (kutipan) tetapi kami tak anggap filem itu gagal. Ia pengalaman berguna untuk pemasaran filem-filem akan datang.

"Ukuran kejayaan filem itu bukan pada kutipannya tapi mungkin pada festival filem, pasaran antarabangsa dan hak penyiaran di televisyen dan Astro First nanti," katanya yang meramalkan filem itu mampu meraih kutipan maksimum sebanyak RM500,000 sahaja.

Selain Hantu Kapcai, Showbiz turut mempunyai empat lagi filem yang sudah siap dan bakal diedarkan United Studios kelak.

Hantu Kapcai berkisar mengenai seorang mat rempit bernama Ajib lakonan Zizan Razak yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang.

Dalam perlumbaan itu, Ajib terpakssa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) demi merebut wang pertaruhan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan