Konsert Kemuncak Suria FM Kembali 29 September Ini

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Borhanuddin memberitahu konsert tahunan itu akan menjanjikan kelainan dengan konsep ceria berbanding konsert tahun-tahun sebelumnya.
Borhanuddin memberitahu konsert tahunan itu akan menjanjikan kelainan dengan konsep ceria berbanding konsert tahun-tahun sebelumnya.

KUALA LUMPUR: Stesen radio Suria FM bakal mengadakan konsert Kemuncak Suria FM pada 29 September ini.

Menurut pembantu pengurus program Borhanuddin Abdullah, konsert tahunan itu akan menjanjikan kelainan dengan konsep ceria berbanding konsert tahun-tahun sebelumnya.

"Tahun ini pihak kami mahu konsert Kemuncak Suria FM lebih ceria di mana penyampai radio akan digandingkan dengan pelawak-pelawak popular tempatan.

"Malah kami akan tampilkan seramai 14 orang penyanyi popular menghiburkan penonton-penonton yang hadir," katanya yang ditemui pada majlis rumah terbuka stesen radio tersebut di Restoran Sri Melayu di sini, Selasa.

"Menarik lagi konsert ini akan bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

"Pada siang hari, beberapa aktiviti menerusi mini karnival turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara ini," ujarnya.

Sebelum hari konsert tersebut, siri jelajah 'Suria FM Rancak Tour' akan diadakan di empat lokasi iaitu Taiping Sentral, Perak (15 September), Kuantan Parade, Pahang (16 September), Kluang Mall (22 September) dan Metro Kajang (23 September).

Sementara itu, pada majlis rumah terbuka Suria FM berlangsung, seramai 500 pendengar terpilih diraikan dengan persembahan barisan artis seperti Amanda Imani, Black, Azlan The Typewritter, Daniel Lee dan Aliff Aziz.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan