Jarak Jauh Punca Hubungan Sabhi Saddi & Vienna Fridiana Retak

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sabhi Saddi menjelaskan kesibukan dengan kerjaya masing-masing telah menyebabkan hubungannya dengan Vienna menjadi renggang. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Sabhi Saddi menjelaskan kesibukan dengan kerjaya masing-masing telah menyebabkan hubungannya dengan Vienna menjadi renggang. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Faktor jarak jauh menjadi punca keretakan hubungan penyanyi Sabhi Saddi dengan penyanyi dari Indonesia, Vienna Fridiana yang terjalin pada tahun lalu.

Penyanyi berusia 28 tahun itu berkata, kesibukan dengan komitmen nyanyian di negara masing-masing membataskan pertemuan mereka dan sekali gus menyebabkan hubungan tersebut menjadi renggang.

“Hubungan kami sudah berakhir pada tahun lalu kerana faktor jarak jauh. Susah sebenarnya apabila menjalin hubungan dengan orang yang jauh kerana kami tiada masa untuk kerap bertemu.

“Saya sibuk di sini dan begitu juga dengan dia. Tiada apa konflik yang timbul cuma hubungan itu menjadi renggang begitu sahaja selepas hampir setahun berkawan,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Hubungan Sabhi dengan Vienna terjalin sejak mereka bergandingan dalam lagu Seperti Dulu Lagi pada tahun lalu.

Ditanya adakah dia masih berhubung dengan wanita berusia 29 tahun itu, Sabhi berkata, mereka tidak pernah berhubung sejak berpisah kerana tidak sempat untuk berbuat demikian.

“Sejak putus, saya tidak pernah menghubunginya langsung. Saya pun tiada penjelasan kenapa hal itu terjadi tetapi kami tidak bergaduh atau menaruh dendam.

“Mungkin kerana jarak jauh dan waktu membuatkan kami terus berenggang. Malah, pada waktu ini saya sudah malas untuk memikirkan soal kekasih,” katanya.

Mengenai kerjaya, penyanyi yang popular dengan lagu Nadiku itu berkata, dia bakal melancarkan lagu terbaru berjudul Waktu pada Oktober atau November depan.

“Lagu Waktu yang berentak balada itu akan saya pertaruhkan pada pertandingan ABU Song Festivals 2012 di Korea Selatan pada 10 hingga 16 Oktober depan.

“Saya juga akan siapkan klip videonya bagi memeriahkan kemunculan semula saya dalam industri,” katanya yang mahu menumpukan semula pada industri muzik di Malaysia pada tahun ini.

Terbaru, Sabhi sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri pertama lakonannya berjudul Laut China Selatan sejak Ahad lalu.

Drama sebanyak 26 episod itu turut membariskan Aiman Hakim Ridza dan Adeline Tsen.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan