Sharifah Aini & Ernie Djohan Dalam 'Malam Melodi Kasih’ - Berita Hiburan | mStar

Sharifah Aini & Ernie Djohan Dalam 'Malam Melodi Kasih’

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Sharifah Aini
Datuk Sharifah Aini

PETALING JAYA: Biduanita negara Datuk Sharifah Aini dan penyanyi legenda Indonesia, Ernie Djohan bakal berganding dalam sebuah majlis makan malam amal ‘Malam Melodi Kasih’ yang bakal berlangsung pada 15 September depan.

Majlis anjuran Orkestra RTM dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Perlis itu diadakan pada pukul 8 malam bertempat di Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis.

Majlis amal ini bertujuan mengumpul dana bagi membiayai aktiviti persatuan Pandu Puteri dalam menjalankan aktiviti riadah, keilmuan dan kemasyarakatan selain memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan itu untuk menyertai kursus dan persidangan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Persembahan selama dua jam yang akan diacarakan oleh pengacara dan pelawak popular Dee dan bakal diiringi oleh hampir 30 pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail.

Sharifah Aini akan menyampaikan lagu-lagu popular antaranya Burung Pungguk, Bunga Tanjung, Sayang Musalmah dan beberapa lagi lagu popularnya yang lain.

Manakala Ernie Djohan yang terkenal di era 70-an itu akan mempersembahkan lagunya seperti Teluk Bayur dan Kau Selalu di Hatiku.

Selain itu, hadirin juga turut dihiburkan oleh penyanyi lelaki bersuara lunak, Bob Yusof sebagai penyanyi jemputan.

Sementara itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menonton persembahan hebat pada ‘Malam Amal Melodi Kasih’, dapatkan meja yang berharga RM 3,000, RM 2,000 dan RM 1,000 bagi satu meja selain tiket-tiket secara individu juga turut dijual.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan meja, hubungi talian urus setia di 013-4888255 (Cik Marina) dan 012-4004442 (Pn.Harlina).

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan