Haiza Dapat Bayi Lelaki Selepas Lima Tahun Kahwin

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Haiza dan suaminya Norhanaphe gembira mendapat bayi lelaki selepas lima tahun berkahwin.
Haiza dan suaminya Norhanaphe gembira mendapat bayi lelaki selepas lima tahun berkahwin.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 32, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras di sini malam Ahad.

Bayi seberat 3.07 kilogram itu lahir secara normal kira-kira pukul 8.37 malam dan diberikan nama Nur Iman Syafie.

Haiza berkata, dia dimasukkan ke pusat perubatan itu kira-kira pukul 1 petang hari yang sama selepas mengalami kesakitan ketika di rumah.

Katanya nama Nur Iman Syafie dipilih selepas dia dan suami Norhanaphe Omar, 32, mengetahui jantina anak mereka itu selepas beberapa bulan mengandung.

"Nur Iman Syafie bermakna cahaya keimanan. Saya dan suami berharap anak kami ini akan menjadi orang yang beriman," katanya kepada mStar Online sewaktu ditemui di pusat pakar itu di sini, malam Ahad.

Sementara Haiza berkata, dia amat bersyukur kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Allah mengurniakan zuriat buat mereka selepas puas berusaha.

"Zuriat ini amat bermakna buat saya dan suami. Syukur kepada Allah," katanya.

Haiza yang popular dengan lagu terbaharu berjudul Semalam bercuti daripada sebarang pertunjukan pentas dan akan kembali aktif selepas tempoh berpantang.

Haiza dan Norhanaphe mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2007.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan