ALBUM BARU: Kepuasan Terhadap Karya Terbaharu 'Usher'

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: Looking 4 Myself

ARTIS: Usher

EDARAN: Sony Music

KELAHIRAN album ketujuh penyanyi kegilaan ramai, Usher iaitu Looking 4 Myself pasti memberi kepuasan yang tersendiri buat para peminat setianya.

Dengan menampilkan sebanyak 18 buah lagu, album yang sudah dipasarkan pada Jun lalu itu membariskan komposer-komposer popular seperti Will Adams, Max Martin, Savan Kontecha dan Ariel Rechtshaid.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Cant Stop Won't Stop, Scream, Climax, I Care For You, Show me, Lemme See, Twisted, Dive, What Happened To U, Looking 4 Myself, Numb, Lessons For The Lover, Sins Of My Father, Euphoria dan IFU.

Berdasarkan lagu-lagu yang didengar, pemenang anugerah Grammy sebanyak tujuh kali ini masih lagi mengekalkan konsep R&B, soul, pop dan dance.

Mainan nyanyian vokal seksinya juga akan membuatkan pendengar terutamanya wanita menyukai hampir kesemua lagu-lagunya.

Bagaimanapun saya percaya ada beberapa lagu yang mungkin tidak 'masuk' di halwa telinga pendengar apabila Usher mengubah sedikit cara susunan lagu-lagunya itu.

Single Climax yang dikeluarkan sebelum pasaran album ini ternyata memberi respons positif daripada peminat-peminatnya.

Malah lagu tersebut turut mendapat ulasan yang positif daripada pengkritik muzik seperti Rolling Stone dan The Los Angeles Times selain mereka turut memuji keseluruhan album Looking 4 Myself.

Sementara itu, komposer-komposer lain yang turut terlibat ialah Redd Stylez, Salaam Remi, Diplo, Rico Love dan Jim Jonsin.

Lagu Pilihan: Scream, Numb, Looking 4 Myself

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan