Nurul Syuhada Tinggalkan TV3 Untuk Sambung Belajar Bukan Kerana Isu Bintulu

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nurul Syuhada. Foto - Low Boon Tat
Nurul Syuhada. Foto - Low Boon Tat

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab ataupun isu Bintulu yang menjadi kontroversi.

Nurul Syuhada, 28, sebaliknya berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.

“Peletakan jawatan saya tiada kena mengena dengan perubahan saya sekarang sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.

"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad di sini.

Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini).

Dalam pada itu, Nurul yang juara Malaysian Top Host memberitahu dia juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).

Nurul memberitahu dia sedih dengan keputusan itu tetapi mempunyai perancangan lain selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga termasuklah memikirkan hasrat menimang cahaya mata

"Sedih memanglah kerana terpaksa tinggalkan kerjaya yang amat saya cintai. Tetapi saya anggap ini sebagai satu perubahan dalam hidup untuk menjadi seorang yang lebih baik," katanya.

Pada 2 September lalu, Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikritik kerana ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu, Sarawak yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan sebagai bandar daif sebelum ini.

Ulasan itu dibuat ketika beliau mengadakan lintas langsung sempena perarakan Hari Kemerdekaan ke 55 pada 31 Ogos lalu.

Dalam permohonan maaf itu Nurul tidak bermaksud menghina bandar tersebut sebaliknya ia telah disalah tafsir oleh orang ramai.

Nurul yang telah berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa, 30, pada 16 Julai 2011, memulakan tugasnya di TV3 sebagai pengacara Nona.

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan