Aznil Nawawi Mahu Jadi Pengacara Program Agama

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aznil Nawawi. Foto AHMAD MOHSIN DADAMEAH
Aznil Nawawi. Foto AHMAD MOHSIN DADAMEAH

PETALING JAYA: Selepas meraih kejayaan sepanjang 22 tahun menjadi pengacara berbentuk hiburan, Aznil Nawawi berhasrat meluaskan langkahnya untuk mengendalikan program berbentuk keagamaan.

Aznil, 50, berkata, dia sudah bersedia mengendalikan program sedemikian sekiranya pihak stesen televisyen Astro yang dinaunginya mahu memberi kepercayaan untuk beliau berbuat demikian.

"Walaupun saya tidak pernah berasa diri ini tua pada usia ini, sudah tiba masanya saya melebarkan kebolehan diri untuk menjadi pengacara dalam program-program berbentuk keagamaan.

"Kita sering lihat, program-program sebegini sering dipelopori oleh pengacara yang berkopiah, berserban, berjubah dan sebagainya. Jadi saya mahu program keagamaan yang saya kendalikan ini lebih santai, sama seperti imej saya sekarang ini.

"Alhamdulillah, untuk tujuan itu sedikit-demi sedikit saya berhijrah daripada segi dalaman diri. Bukannya nak kata saya ini cetek ilmu agama, cuma saya mahu lebih mendalaminya," kata Aznil.

Aznil ditemui pada majlis rumah terbuka dan perkenalan wajah personaliti baru Astro di Hotel The Royale Bintang, Damansara, di sini, Khamis.

Tambah Aznil, dia juga sedang mencari seorang guru yang boleh membimbingnya tentang ilmu-ilmu Islam sebagai persediaannya ke arah itu selain menambahkan lagi pengetahuan agama dalam dirinya.

Bagaimanapun dia tidak akan melepaskan program-program yang sering dikendalikannya begitu sahaja sekiranya diberi peluang menjadi pengacara agama.

"Walaupun sudah bersedia untuk mengacara di bidang keagamaan, saya masih lagi ada tuntutan mengendalikan program-program lain.

"Tetapi sekiranya ada pelapis baru, maka saya akan memberi laluan kepada muka-muka baru pula.

"Perlu diingat, kami (Astro) ada pelanggan dan tak bolehlah saya membiarkan program itu terkontang-kanting. Itu dah dikira pentingkan diri namanya," seloroh Aznil.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan