TV9 Martabatkan Masjid Dalam ‘Raudhah Di Hatiku’ Musim Kedua

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan selebriti dan wakil-wakil penaja dan masjid yang terlibat dalam Raudhah di Hatiku pada tahun ini. - Foto TV9
Barisan selebriti dan wakil-wakil penaja dan masjid yang terlibat dalam Raudhah di Hatiku pada tahun ini. - Foto TV9

PETALING JAYA: Usaha stesen TV9 dalam memartabatkan masjid sebagai hab komuniti remaja dan masyarakat setempat diteruskan untuk tahun kedua menerusi kempen Raudhah Di Hatiku.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, jenama Raudhah Di Hatiku menjadi acara tahunan TV9 susulan impak dan respons positif yang diterima sejak ia dianjurkan buat pertama kali pada tahun lalu.

“Sambutan memberangsangkan yang diterima daripada masjid-masjid yang terlibat membuatkan kami berasa teruja untuk meneruskan acara ini. Ia bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat setempat, malah berjaya menarik minat golongan remaja menyertai aktiviti di masjid.

“Secara tidak langsung, kami berbangga kerana dapat mendidik golongan muda untuk mendekatkan diri dengan masjid kerana masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah tetapi dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik dan moden antaranya kelas mempelajari kaligrafi khat dan ‘cufica’ (kaligrafi moden),” katanya pada pelancaran program itu di Sri Pentas, di sini, Rabu.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran kumpulan kerohanian Al Mawlid, pengacara Safiyya (TV9) Liyana Hisham, aktivis juga perunding imej Muslimah, Feexa Nicoll dan wakil-wakil penaja dan masjid yang terlibat.

Pada tahun ini, tiga buah masjid yang menjadi lokasi pilihan adalah Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati pada 8 September, Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya (29 September) dan Masjid As-Salam, Puchong Perdana (13 Oktober) bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Penaja utama program, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Muzaffar Hisham berkata, jalinan kerjasama tersebut sejajar dengan aspirasi institusi perbankan itu untuk memberikan manfaat dan mendekati masyarakat pada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

“Jalinan kerjasama dengan program ini selaras dengan aspirasi Kumpulan Maybank dalam “menginsankan” perkhidmatan kewangan di seluruh Asia dan mendekati masyarakat dalam misi kami untuk mendidik para pengguna akan kepentingan perbankan Islam,” katanya.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang disusun pada setiap lokasi program termasuklah siaran langsung Nasi Lemak Kopi O (NLKO) , sesi riadah pagi bersama Upin & Ipin, pertandingan mewarna bersama krew Bananana, pertandingan futsal dan jualan bazar menampilkan Cufica, Kanvas Kanvas dan Seni Kaligrafi.

Kunjungan ke tiga buah masjid ini juga akan dimeriahkan dengan gerai ‘Lin Nisa’ yang dikhususkan untuk wanita, rakaman Tanyalah Ustaz bersama Haslin Baharin, rakaman Tanyalah Ustazah bersama Dr Nadzirah Mohd dan rakaman program yang julung kali diadakan Adik Tanya Ustaz bersama Mohd Safwan Syafiq.

Program pada tahun ini turut mendapat kerjasama daripada Brainy Bunch Islamic Montessori.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan