Lisa Surihani Mahu Jumpa Tun Siti Hasmah

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisa bagal menggalas peranan sebagai Tun Dr Siti Hasmah.
Lisa bagal menggalas peranan sebagai Tun Dr Siti Hasmah.

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Lisa Surihani berhasrat untuk bertemu dengan isteri bekas Perdana Menteri ke empat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk mendekati tokoh wanita itu dengan lebih dekat.

Lisa, 26, berkata, keinginan itu timbul apabila dia membaca skrip untuk pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah selepas ditawarkan untuk membawa watak berkenaan menggantikan pelakon Erra Fazira.

"Saya sememangnya mengagumi Tun Siti Hasmah sebagai seorang wanita yang cukup berkaliber dan mempunyai personaliti tersendiri.

"Apabila membaca skrip teater tersebut saya jadi lebih teruja untuk menemui dan mengenalinya.

“Saya berpendapat kehidupan beliau sebenarnya sangat berwarna-warni dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan dan bukan sahaja tertumpu kepada peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara," katanya kepada mStar Online selepas pelancaran filem-filem terbitan Grand Brilliance 2012 di sini pada Rabu.

Isteri kepada Yusry Abdul Halim ini bakal menggalas tanggungjawab sebagai Tun Dr Siti Hasmah semasa muda.

Teater tersebut yang sepatutnya dipentaskan pada 30 Ogos lalu ditunda kepada satu tarikh yang masih belum ditetapkan.

Dalam pada itu, Lisa mengakui sangat teruja dapat berlakon di pentas teater buat pertama kali kerana sebelum ini jadual penggambarannya agak padat.

Lisa berkata dia tidak begitu gementar untuk beraksi di pentas teater kerana menganggap ia adalah cabarannya sebagai pelakon.

"Saya tahu dan sedar lakonan di pentas teater bukan mudah dan tidak semua pelakon yang pernah beraksi dalam drama atau filem mampu melakukannya,” kata Lisa.

Sementara itu, Lisa berkata, pengarah baru teater tersebut iaitu Erma Fatima memberikan kebebasan kepadanya untuk mengembangkan watak yang digalas.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan