Hanya Satu Agensi Diiktiraf RIM Untuk Kutip Royalti

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman Abdul Halim
Norman Abdul Halim

KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) melihat kewujudan dua badan pengutip royalti untuk pelaku iaitu melibatkan penyanyi dan pemuzik rakaman akan mengelirukan pengguna muzik.

Pengerusinya, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya akan mengiktiraf sama ada Recording Performers Malaysia (RPM) atau Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis (Prism) dalam hal berkenaan sekiranya mereka memenuhi beberapa prosedur yang ditetapkan.

"Sudah tiba masanya pihak RIM memilih antara dua badan iaitu Prism atau RPM. Kami akan pilih mana-mana yang lebih mudah untuk memberikan kerjasama.

"Jika ada badan untuk satu tugas serupa, ia jelas boleh mengelirukan pengguna muzik dan apabila mereka tidak membuat pembayaran, ia sekali gus boleh merugikan pelaku iaitu penyanyi dan pemuzik rakaman yang ingin mendapatkan hak royalti masing-masing," katanya.

Norman ditemui pada majlis rumah terbuka RIM di Saloma Bistro, di sini, Rabu, bagi meraikan penggiat seni muzik tempatan.

Tambah Norman, pihaknya masih belum memutuskan badan yang bersesuaian bagi tugas itu kerana ia masih lagi dibincangkan dengan pihak Public Performance Malaysia (PPM) yang bernaung di bawah RIM.

Selain dua badan berkenaan, agensi kutipan royalti lain ialah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) yang bertanggungjawab terhadap kutipan royalti untuk penulis lirik dan pencipta lagu.

Dalam pada itu, antara ciri-ciri badan pengutip royalti yang dipilih RIM mestilah mengikut syarat di mana mereka haruslah mematuhi prosedur iaitu format dan formula yang disediakan dalam soal pengagihan royalti.

"Badan berkenaan juga mesti membuat perubahan pemilihan ahli jawatankuasa dalam jangka masa yang diberikan.

"Harap-harap badan yang dipilih itu akan menyokong dan ikut prosedur yang telah pihak kami tetapkan. Bukannya apa, ia lebih memudahkan pelaku untuk melihat secara terperinci cara-cara pengagihan wang royalti yang diterima," ujarnya.

Sementara itu, rumah terbuka RIM telah dihadiri lebih daripada 300 orang yang terdiri daripada penggiat industri muzik tanah air, wakil-wakil agensi kerajaan, rakan korporat dan wakil media.

Beberapa penyanyi seperti Mira (Tilu), Indie Mice, Fimie Don, Didi, Nubhan Asyiela, Jimmy Palikat, One Nation Emcees, Datuk Jeffrydin, Amy Mastura dan Aliff Aziz turut membuat persembahan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan