The Rock Tewaskan Perompak Di Lokasi Penggambaran

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dwayne Johnson
Dwayne Johnson

LONDON: Pelakon Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock dilaporkan terlibat dalam pergaduhan bersama beberapa perompak yang menyelinap masuk ke lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul The Fast And Furious 6.

Bekas jaguh gusti itu berjaya menangkap beberapa lelaki yang memakai penutup kepala, dipercayai mahu mencuri peralatan yang mahal daripada beberapa buah van penggambaran di Hackney, Timur London.

“Ia memang lucu. The Rock kelihatan seperti seorang hero filem aksi dengan jaket dan lencana FBI di tangannya.

“Ketika kejadian, bunyi tembakan kedengaran secara tiba-tiba dan The Rock berjaya mengatasi perompak-perompak itu dalam pergelutan tersebut,” kata satu sumber seperti dipetik thesun.co.uk.

Ekoran insiden itu, difahamkan krew filem tersebut kini turut mempertimbangkan untuk melantik aktor bertubuh sasa itu sebagai pengawal keselamatan di lokasi.

“Kini mereka (krew) secara bergurau berkata pengawal keselamatan yang sedia ada patut diberhentikan dan diganti dengan The Rock sahaja,” kata sumber itu lagi.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan