Suria FM Sediakan RM70,000 Menerusi 'Ceria Xtra Itu Aje'

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pendengar stesen radio Suria FM berpeluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM70,000 menerusi peraduan Ceria Xtra Itu Aje yang diperkenalkan sejak Isnin lalu.

Peraduan yang dibuka sehingga 28 September depan itu merupakan sambungan daripada pertandingan ‘Itu Aje’ yang selama ini menjadi peraduan wajib menerusi segmen 'Ceria Pagi' di Suria FM yang menyediakan hadiah lumayan.

Stesen radio itu dalam satu kenyataannya berkata, pendengar hanya perlu mendengar Suria FM dan meneka nama penyanyi serta tajuk lagu untuk petikan lagu yang dimainkan bagi membolehkan mereka memenangi wang tunai berjumlah RM388.

Wang tunai itu akan meningkat jika jawapan yang diberikan salah.

Pengirim SMS terpilih akan dihubungi oleh penyampai radio berkenaan untuk diberikan soalan. Selain itu, Suria FM turut menyediakan hadiah tambahan iaitu tiket penerbangan ke destinasi terpilih sekiranya mereka dapat menjawab soalan pada waktu bonus.

Pembayang akan diperdengarkan pada bila-bila masa oleh para deejay melalui Twitter Facebook serta portal rasmi stesen radio itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan