Artis, Penggiat Seni Wajar Sertai CCIG

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naquib Razak (kiri) merasmikan ibu pejabat  CCIG di Ukay Boulevard, Hulu Kelang, Kuala Lumpur pada Selasa.
Naquib Razak (kiri) merasmikan ibu pejabat CCIG di Ukay Boulevard, Hulu Kelang, Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Golongan artis serta pengamal industri kreatif di negara ini di saran menyertai Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) bagi membolehkan peranan mereka dalam bidang seni benar-benar diiktiraf selain mendapat pembelaan daripada semua pihak.

Pengerusinya, Jurey Latiff Rosli mengingatkan, mereka yang menjadi ahli gabungan itu akan mendapat pelbagai kemudahan termasuklah nasihat peguam secara percuma serta pengiktirafan lain untuk kesenangan pada masa hadapan.

“Kami berharap agar semua artis serta penggiat-penggiat seni dapat menyertai CCIG kerana ia benar-benar akan membantu mereka pada masa hadapan kerana badan ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan terutamanya Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai perasmian ibu pejabat CCIG di Hulu Kelang di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak serta Ketua Pegawai Eksekutif CCIG, Datuk Shariff Ahmad.

Keahlian CCIG dibuka kepada pengamal industri kreatif seperti Pengarah Filem, Penulis, Pelakon, Pemuzik, Juruanimasi, Penerbit, Pereka Grafik ,penggiat filem dan televisyen serta pengendali media interaktif.

Jurey berkata, antara hasrat gabungan itu ialah untuk memastikan ali-alinya mendapat akses kepada portal rasmi yang membuka peluang kepada syarikat da individu untuk mendapatkan perhatian pelabur asing.

Mereka juga diberi jaminan terhadap pengiktirafan industri kreatif pada peringkat tempatan serta antarabangsa serta latihan profesional dan kursus jangka pendek yang akan dikendalikan.

“CCIG juga akan memastikan ahli akan mendapat upah yang kompetitif terhadap pekerjaan yang mereka lakukan, hak-hak pekerja dan perundangan, sokongan karier serta perlindungan harta intelek, pencen serta insurans,” katanya.

Tambah beliau, sebagai contoh pada masa ini penggiat seni sukar membuat pinjaman bank kerana ketiadaan slip gaji dan sebagainya tetapi melalui gabungan ini, masalah berkenaan tidak akan timbul.

Katanya, pada masa ini terdapat kira-kira 451 orang ahli yang berdaftar selepas ditubuhkan setahun lalu dan pihaknya menyasarkan seramai 3,500 orang menjelang akhir tahun ini.

Bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai individu kata Jurey, pihaknya membuka keahlian secara percuma sehingga Disember depan melalui borang yang boleh didapati melalui www.ccigmalaysia.com

“Kami mengenakan yuran keahlian sebanyak RM20 dan serta yuran tahunan RM30 tetapi sebagai menggalakkan penyertaan ramai, kami memberikannya secara percuma,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan