KP Finas Jawab Tuduhan 'Tidak Buat Kerja'

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naguib Razak
Naguib Razak

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak menyangkal dakwaan beberapa pihak kononnya dia tidak menjalankan tugasnya sejak menerajui perbadanan itu pada 1 September tahun lalu.

Naguib berkata, membuat perubahan dalam industri hiburan tempatan bukanlah satu perkara yang mudah atau boleh diubah dalam jangka masa pendek, sebaliknya memerlukan masa yang lama dengan susunan strategi yang betul.

"Rasanya, orang industri tahu apa yang telah saya buat, cuma pihak luar yang tidak tahu. Tambah pula saya lebih selesa melakukan sesuatu dengan diam. Bila ia benar-benar sukses barulah kita hebahkan pada semua.

"Sehingga kini, pihak kami masih lagi merombak dan menyusun semula infrastruktur pasaran filem mengikut transformasi ekonomi dan menambah beberapa sistem baru.

"Perlu diingat, bukan mudah untuk melakukan sesuatu perubahan, ia memerlukan strategi dan masa, tidak perlu terburu-buru," katanya yang ditemui selepas pelancaran dokumentari Sanctuary Of faith The Mosque, The Church & The Temple di Finas, di sini, petang Isnin.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Tambah Naguib, dia tidak kesal dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan menganggap ia sebahagian rencah normal dalam industri, walaupun ada yang cuba menjatuhkan namanya dalam perbadanan tersebut.

Dalam pada itu, ditanya adakah benar mengenai khabar angin yang mengatakan kontraknya tidak akan disambung lagi seperti yang didakwa, Naguib menafikannya.

Beliau memberitahu kontraknya akan disambung memandangkan pelbagai perancangan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

"Ada beberapa projek yang masih lagi dalam perbincangan dan terbaru, seperti yang dilihat pada pelancaran dokumentari hari ini (Isnin), pihak Finas akan membawa produk itu ke peringkat luar negara di mana ia akan disiarkan di beberapa buah negara.

"Malah, sepanjang setahun saya menguruskan Finas, lebih daripada 15 buah dokumentari yang telah pun disiarkan di luar negara," ujarnya.

Selain itu, beritahu Naguib, terdapat beberapa dokumentari terbitan syarikat tempatan seperti Royal Press- A Printing Relic, Royal carver, Agarwood- The Black Gold Of The Forest, Spirit Of Wood dan Tanjung pagar-The Last Train telah pun dibeli oleh syarikat penyiar Discovery Channel manakala 1941: The Fall Of Penang dan Last Journey To Sarawak pula dibeli oleh pihak AETN.

Sementara itu, mengenai Sanctuary of faith The Mosque, The Church & The Temple, ia diterbitkan oleh No Quarter Sdn Bhd dengan kerjasama Finas dan diarahkan oleh David Moggie.

Ia mengisahkan mengenai keharmonian negara walaupun mempunyai kepelbagaian kaum dan kepercayaan. Selain itu, budaya masyarakat majmuk serta reka bentuk pembinaan masjid, kuil dan gereja turut dipaparkan.

"Saya percaya dokumentari seperti ini akan mendapat perhatian daripada pihak luar memandangkan mereka kurang tahu mengenai masyarakat Malaysia sebenar di mana kita mempunyai kepelbagaian kaum.

"Setakat ini ia akan disiarkan di sebuah stesen televisyen Perancis iaitu MIPCom dan akan dibawa ke World Congress of Science and Factual Producers yang akan diadakan di Washington DC, Amerika Syarikat pada November hadapan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan