Randy Jackson Tinggalkan American Idol

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Randy akhirnya meninggalkan American Idol selepas 11 tahun bersama program itu.
Randy akhirnya meninggalkan American Idol selepas 11 tahun bersama program itu.

JURI program American Idol iaitu Randy Jackson dilaporkan meninggalkan pertandingan nyanyian popular itu selepas 11 bersama rancangan yang bakal memulakan musim ke 12 pada Januari tahun hadapan.

Portal LA Times bagaimanapun melaporkan walaupun Randy tidak lagi bertindak sebagai juri tetapi komposer dan pemuzik itu tetap akan memainkan peranan sebagai mentor kepada para peserta.

Randy bagaimanapun masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai laporan terbaru itu.

Sebelum ini, dua juri tetapnya iaitu penyanyi Jennifer Lopez dan Steve Taylor mengambil keputusan nekad meninggalkan American Idol selepas dua musim duduk di kerusi juri.

Tempat Jennifer digantikan dengan penyanyi terkenal Mariah Carey yang dilaporkan menerima bayaran paling tinggi dalam sejarah American Idol iaitu sebanyak RM56 juta (USD18 juta).

Pihak produksi juga sedang mempertimbangkan beberapa nama untuk duduk di kerusi juri bersama-sama Mariah seperti Katy Perry, Pharrell Williams, Miley Cyrus, Nick Jonas, Keith Urban, Brad Paisley, Sean “Diddy” Combs dan Kanye West.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan