Megan Fox Pura-Pura Tidak Hamil

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Megan Fox dilaporkan sedang mengandung tujuh bulan.
Megan Fox dilaporkan sedang mengandung tujuh bulan.

WALAUPUN usia kandungannya telah mencapai usia tujuh bulan namun pelakon jelita, Megan Fox masih berpura-pura bahawa dirinya tidak hamil.

Seperti dilaporkan Daily Mail, perut bintang berusia 26 tahun itu jelas kelihatan tetapi Megan tetap berusaha untuk menutupi perutnya bagi mengelak daripada dirakam oleh paparazzi yang sering mengekorinya.

Sehingga ke hari ini pelakon filem Transformers itu tidak mengesahkan mengenai berita kehamilannya walaupun secara terang-terangan perutnya membesar ketika bersiar-siar.

Suaminya, Brian Austin Green dilihat sentiasa berada di sisi isterinya itu dan mengawalnya daripada jurugambar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan