Edry (KRU) Kurus Bukan Kerana Sakit

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Edry memberitahu gemar menghabiskan masa di pusat kecergasan dan melakukan aktiviti sukan bersama teman-teman.
Edry memberitahu gemar menghabiskan masa di pusat kecergasan dan melakukan aktiviti sukan bersama teman-teman.

PETALING JAYA: Komposer dan pengarah filem terkenal, Edry Abdul Halim menyangkal dakwaan bahawa saiz fizikal dirinya yang semakin kurus sejak kebelakangan ini kerana menghidap sebarang penyakit.

Edry, 36, berkata, perubahan fizikalnya itu adalah disebabkan kesedaran tentang perlunya dia menjaga kesihatan diri dan mengakui mengunjungi pusat kecergasan setiap hari.

"Alhamdulilah saya sihat dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit dan perubahan fizikal saya tiada kena mengena dengan perkara itu.

"Saya kurus kerana saya bersenam setiap hari kerana ingin memastikan badan saya sentiasa sihat dan bertenaga," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Edry, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat tentang pengamalan dan kepentingan gaya hidup sihat.

Dalam pada itu, Edry memberitahu, dia mendapat kesedaran untuk mengurangkan berat badanya selepas menonton rakaman konsert KRU di Dataran Merdeka pada tahun 2003 apabila mendapati dirinya kelihatan berisi.

Kata Edry, bertitik tolak daripada itu dia mengambil keputusan untuk mengubah gaya hidup dan mengamalkan senaman secara berterusan.

"Ketika itu berat badan saya mencecah 90 kilogram dan kini saya kekal pada angka 76 kilogram. Tetapi ia bukan sekadar nombor semata-mata tetapi apa yang lebih penting kita menjaga kesihatan dan melakukan senaman secara kerap," ujarnya.

Sementara itu, Edry berkata, selain senaman di pusat kesihatan dia juga turut menyertai tiga kelab bola sepak berbeza dan sering menghabiskan masa dengan bersukan jika mempunyai masa terluang.

Edry memberitahu dengan cara itu dia dapat beergerak aktif selain dapat merapatkan silaturahim di antara kenalan di padang bola.

"Ia adalah aktiviti menyihatkan dan ia juga dapat merapatkan hubungan antara rakan-rakan selain dapat berkumpul dan melakukan aktiviti lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, filem arahan terbaru Edry berjudul 29 Februari sedang ditayangkan dipawagam dan ia adalah filem pertama menggunakan tiga dimensi (3D) yang menampilkan pelakon Remy Ishak dan Jojo Goh sebagai tunjang utama.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan