Iqram Dinzly & Zahiril Adzim Bantu Jayakan #siswamerdeka

Diterbitkan: Ahad, 2 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iqram Dinzly
Iqram Dinzly

PETALING JAYA: Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55, dua pelakon hebat, Iqram Dinzly dan Zahiril Adzim telah membantu Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Erama TV bagi menjayakan pertandingan secara online iaitu #siswamerdeka.

Iqram berkata, ia merupakan tanda sokongan daripadanya demi memperjuangkan negara yang mahu pelajar-pelajar universiti dalam dan luar negara mengekpresikan diri terhadap perasaan cintakan negara.

"Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 sudah berlalu tetapi semangat kemerdekaan masih lagi mengalir dalam minda rakyat Malaysia.

"Jadi, sebagai seorang selebriti, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu negara dalam mendidik para pelajar untuk terus menunjukkan sokongan dan semangat patriotisme mereka kepada negara.

"Dan #siswamerdeka adalah salah satu perjuangannya dimana pertandingan ini terdiri daripada tiga kategori iaitu mereka slogan #siswamerdeka, menghantar foto yang berkaitan dengan cintakan negara serta video kemerdekaan," katanya.

Tambah Iqram, #siswamerdeka adalah cara baru pelajar-pelajar mengekspresikan diri mereka terhadap perasaan cinta pada negara selain platform terbaik untuk para pelajar menunjukkan rasa sayang kepada Malaysia dengan cara mereka sendiri.

Penyertaan #SiswaMerdeka hanya menggunakan media sosial terkini iaitu Twitter dan Instagram bagi menghantar penyertaan dan pelajar berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya Ipad 3, Iphone 4, Kamera DSLR dan sejumlah wang tunai.

Bagi slogan #siswamerdeka pelajar hanya perlu menulis “Saya @siswamerdeka kerana……..” di Twitter manakala foto dan video yang menceritakan pengalaman dan harapan pelajar terhadap Malaysia boleh dihantar menerusi Instagram menggunakan 'hashtag' yang sama iaitu #siswamerdeka.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, “#siswamerdeka dapat melihat bakat mahasiswa meluahkan perasaan cinta mereka terhadap Malaysia dengan menggunakan cara mereka, iaitu dengan menggunakan media sosial sepenuhnya.

"Bagi mengetahui nilai patriotisme dalam diri seorang siswa, kita dekati mereka menerusi pertandingan seperti ini kerana saya percaya mahasiswa mempunyai semangat cintakan negara serta ada nilai patriotisme, cuma cara penyampaiannya sahaja berbeza," ujarnya.

Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh melayari www.erama.tv/sm untuk maklumat lanjut atau akaun Twitter serta Instagram menerusi susur masa #siswamerdeka.

Penyertaan hanya terbuka kepada golongan pelajar universiti di dalam dan luar negara dan akan ditutup pada 12 September ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan