Ibu Bapa Kristen Stewart Bercerai - Berita Hiburan | mStar

Ibu Bapa Kristen Stewart Bercerai

Diterbitkan: Ahad, 2 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kristen Stewart
Kristen Stewart

NAMPAKNYA, 2012 bukanlah tahun yang baik buat Kristen Stewart. Belum kering lagi lukanya akibat berpisah dengan Robert Pattinson, kini dia terpaksa menyaksikan pula ibu bapanya bercerai.

Menurut laporan Aceshowbiz, ibu Kristen, Jules Stewart telah memfailkan cerai terhadap bapanya, John Stewart selepas melayari bahtera perkahwinan selama 27 tahun.

Penceraian tersebut telah difailkan ke Mahkamah Tinggi Los Angeles pada 17 Ogos lalu.

Dalam dokumen cerai tersebut, Jules menjelaskan, masalah tidak persefahaman menjadi antara sebab mereka perlu bercerai. Tambah pula Jules dan John sudah berpisah sejak 15 Jun 2010.

Sejak berita itu tersebar, belum ada sebarang penjelasan daripada pihak Kristen. Dia sendiri sedang sibuk menguruskan masalah peribadinya yang timbul gara-gara perselingkuhannya dengan rupert Sanders.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan