Kematian Anak Sylvester Stallone Akibat Jantung Tersumbat

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sage Stallone
Sage Stallone

HASIL autopsi terhadap mayat anak lelaki aktor veteran Sylvester Stallone iaitu Sage Stallone, pihak perubatan mendapati kematiannya adalah berpunca daripada masalah jantung.

Laman web Digital Spy melaporkan, lelaki berusia 36 tahun yang didakwa meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan sebelum ini mengalami masalah saluran arteri jantung yang tersumbat.

Sage ditemui meninggal dunia di kediamannya pada 13 Julai lalu oleh pekerja dan seorang ahli keluarga.

Ketika hayatnya, mendiang sempat membintangi beberapa buah filem bersama bapanya termasuk Rocky V dan Daylight.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan