Finas Anjur Festival Filem Pendek 8 & 9 September Depan

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Babak daripada filem pendek Iran berjudul The Road Is Closed.
Babak daripada filem pendek Iran berjudul The Road Is Closed.

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi Bahagian Pembangunan Modal Insan akan mengadakan festival filem pendek yang dikenali Short Shorts Film Festival & Asia Malaysia (SSFFA Malaysia) 2012 pada 8 dan 9 September depan.

Ia akan diadakan di Studio Sound Stage Finas, dekat sini.

Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Finas, Mohd Fazli Abdul Aziz, penganjuran pada kali ketiga ini adalah hasil kerjasama dengan pihak penganjur SSFFA Jepun.

“Sebanyak 22 buah filem pendek akan ditayangkan pada tarikh tersebut dari negara Kanada, Poland, Itali, Japan, Jerman, United Kingdom, Perancis, Iran, Sepanyol, Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat dan tuan rumah sendiri.

“Malaysia diwakili tiga filem pendek berjudul The Apprentice, Hari Jadi dan Di Kalangan Dia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Festival yang mula diperkenalkan di Harajuku, Tokyo, Jepun (SSFFA Japan) pada 1999 ini bertujuan memperkenalkan filem pendek kepada masyarakat negara itu.

SSFFA juga mendapat pengiktirafan secara rasmi sebagai satu acara Academy Award oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences USA.

Pemenang bagi anugerah Grand Prix layak dicalonkan bagi kategori filem pendek di Academy Awards bagi tahun berikutnya.

Katanya, penganjuran ini memberi peluang kepada peminat filem pendek tanah air menonton karya filem pendek yang bermutu dari seluruh Asia dan luar negara.

Penganjuran SSFFA Malaysia ini juga merupakan peluang keemasan kepada karyawan dan pelajar perfileman untuk berkongsi pengalaman dalam pelbagai aspek pembikinan dan kualiti filem pendek luar negara.

“Finas mempelawa peminat filem dan orang ramai bersama-sama hadir menonton dan menghayati kepelbagaian tema dan budaya yang divisualkan menerusi filem-filem berkenaan agar kita lebih memahami serta menghayati erti kehidupan dan kemanusiaan.

“Contohnya filem Mother of the Groom yang mengisahkan perbezaan budaya hidup masyarakat Jepun di Tokyo dan Okinawa.

“Begitu juga filem pendek dari Iran, The Road Is Closed mengisahkan empat lelaki yang terkandas dalam ribut salji ketika dalam perjalanan menghantar mimbar. Pelbagai konflik timbul dalam usaha menyelamatkan nyawa dan janji menghantar mimbar ke daerah berdekatan,” katanya.

Tambah beliau, bersempena festival ini, sebuah segmen istimewa iaitu simposium bersama pengarah jemputan dari Indonesia dan Taiwan, Ian Salim dan Jay Chern akan dianjurkan bagi mereka berkongsi pengalaman dalam bidang penerbitan.

“Istimewanya, filem pendek nukilan Ketua Pengarah (KP) Finas iaitu Mohd Naguib Razak turut ditayangkan di bawah sesi A Sense of Home. Karya itu dihasilkan ketika beliau belum menjadi KP Finas lagi,” ujar Fazli.

Individu yang berminat menyertai festival ini boleh menghubungi agensi tersebebut di taliahn 03-41041375 atau layari laman www.finas.gov.my untuk maklumat lanjut.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan