4 Stesen Radio Kumpulan Media Star Siar Segmen Merdeka

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sarimah Ibrahim bersama Red FM.
Sarimah Ibrahim bersama Red FM.

PETALING JAYA: Semua empat stesen radio di bawah Kumpulan Media Star akan menyediakan segmen kemerdekaan sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan Negara ke 55 yang disambut Jumaat (hari ini).

Sebagai permulaan, pemenang Pertandingan Hari Merdeka - yang telah dipromosikan di Suria FM, 988 FM, Red FM dan Capital FM, akan diumumkan sebelum pukul 12 tengah hari Jumaat yang antara lain menyediakan hadiah berupa RM5,000 untuk dimenangi.

Pertandingan, yang diadakan selama tiga hari bermula Selasa memerlukan pendengar untuk menjawab empat soalan harian dengan mengumpul gambar yang betul dalam gambar pada halaman laman pertandingan itu.

Menerusi segmen “Breakfast Show” di saluran Suria FM, Halim Othman, Nabil Ahmad dan Kenchana Devi akan bercakap mengenai sambutan kemerdekaan negara sekitar pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

"Pendengar digalakkan untuk mengemukakan puisi dan serta berkongsi pengalaman mereka berkaitan Merdeka," kata Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah.

Beliau berkata berita ringkas stesen itu juga akan menampilkan bahan berkaitan merdeka.

Dalam pada itu Pengarah Program 988, Lim Tock Peng pula berkata stesen itu mempunyai 15 hingga 20 saat klip pendek bagi memaparkan cerita kejayaan Malaysia.

Pada siaran pagi yang akan bersiaran pukul 9 pagi itu, stesen berkenaan akan menampilkan penulis lagu popular Taiwan iaitu Tan Kheng Seong atau lebih dikenali sebagai Ah Niu yang akan bercerita pengalamannya mencita kejayaan dalam bidang berkenaan.

Pengarah Program Red FM, Allan Cameron pula berkata deejay popular Sarimah Ibrahim dan Lil 'Kev akan mempunyai segmen Terbaik Malaysia bagi siaran “Breakfast Show.”

"Pendengar boleh menghubungi dan bercakap tentang perkara-perkara yang terbaik tentang Malaysia. Mereka juga boleh menghantar Tweet kepada kami di @iloveredfm," katanya.

Sementara itu Perunding Program Capital FM, Aanont Martin Robert Wathanasin, lebih dikenali sebagai Non, berkata stesen itu menyiarkan sebuah lagu Merdeka yang digubah khas oleh salah seorang penyampai mereka iaitu Liang sepanjang hari.

"Kami juga akan memainkan mesej Merdeka daripada penyampai kami dan serta mengenai Malaysia," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan