Adik Tuduh Kim Kardashian Pentingkan Diri

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robert dan kakaknya Kim Kardashian.
Robert dan kakaknya Kim Kardashian.

ADIK kepada bintang realiti terkenal Kim Kardashian iaitu Robert Kardashian menyelar sikap kakaknya itu yang dilabel sebagai mementingkan diri sendiri.

Rob, 25, berkata, kakaknya tidak pernah mempedulikan perasaannya dan sering menghina dia yang tidak bekerja.

"Dia tidak pernah memikirkan perasaan orang lain walaupun saya, adiknya sendiri. Popularitinya sebagai selebriti telah menjadikan dirinya seperti itu," Rob semasa sesi kaunseling bersama ahli keluarganya selepas dua beradik itu sering bergaduh apabila berjumpa.

Sesi terapi yang turut disertai oleh ibu mereka iaitu Kris Jenner itu turut dirakamkan untuk musim terbaru program realiti keluarga berkenaan berjudul “Keep Up With The Kardashian.”

Dalam sesi itu juga, Kim mendakwa adik lelaki tunggalnya itu menuduh dia mementingkan diri kerana hubungan rapatnya dengan Kris.

Malah kata Kim, Rob turut berasa marah dengan dirinya sendiri kerana gagal mendapat kepercayaan daripada majikan yang mengambilnya bekerja sehingga dia sering hilang pekerjaan.

"Dia perlu berfikiran seperti orang dewasa dan tidak menyalahkan kegagalan diri sendiri pada orang lain. Saya bukan pentingkan diri tetapi saya bekerja kuat untuk mendapat apa yang saya kecapi sekarang," katanya.

Rob turut mempersoalkan ibunya sering mementingkan Kim berbanding anak-anaknya yang lain sehingga menyebabkan dia rasa terabai.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan