Sein Minta Hentikan Bermain Mercun

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sein menyifatkan pengharaman permainan mercun sememangnya wajar selepas melihat kanak-kanak menjadi mangsa bahan letupan itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 29, berkata, walaupun ia diharamkan, aktiviti permainan mercun masih lagi berleluasa seolah-olah pengharaman itu tidak diendahkan oleh segelintir pihak.

"Saya pelik, macam-macam kejadian melecur muka, cedera pada badan, buta, putus jari atau tangan kudung disebabkan bahan letupan itu sedangkan semasa zaman saya kanak-kanak dulu tak ada pula kejadian seperti itu.

"Bagaimanapun, saya rasa, tanggungjawab membanteras pembelian mercun ini harus dipikul bersama masyarakat setempat dan ibu bapa, bukan dibiarkan kepada pihak berkuasa semata-mata.

"Dengan memastikan anak tidak membeli dan bermain mercun, sebahagian risiko kecederaan sudah dapat diatasi. Malangnya ramai yang pulang ke kampung menjadikan bahan letupan itu sebagai oleh-oleh untuk memeriahkan sambutan Hari Raya," katanya.

Tambah Sein, walaupun dia menyokong tindakan kerajaan mengharamkan permainan itu, namun ia tetap menjadi satu kerugian buat kanak-kanak di zaman ini kerana tidak dapat merasai kemeriahan permainan mercun seperti di zamannya dahulu.

Dalam pada itu, kata Sein yang berkongsi pengalamannya ketika di zaman kanak-kanak, sambutan rayanya diisi dengan keseronokannya bermain mercun dan bunga api.

Katanya pada pada malam Syawal, dia bersama rakan-rakan sanggup membeli mercun yang mahal untuk melihat keindahan taburan api di langit.

"Semasa kecil dahulu, saya jual mercun. Tteman-teman dan saudara berkumpul untuk menyaksikan letupan mercun itu, tapi mereka tengok sahajalah, kerana yang meletupkannya adalah saya," tuturnya yang beraya di Kuala Lumpur sambil mengimbas kenangan lalu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan