Cahaya Malaika Penyeri Syawal Mawi & Ekin

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kehadiran anak sulung pasangan selebriti Mawi dan Ekin iaitu Cahaya Malaika, yang berusia 5 bulan, memberikan kelainan pada sambutan Aidilfitri selebriti itu.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 31, berkata, kehadiran Cahaya seperti penyeri kepada kehidupannya bersama Ekin lebih-lebih lagi anaknya itu mendapat perhatian lebih daripada seluruh keluarga mereka di Johor.

"Sekarang ini, saudara-mara dah tak tanya tentang kami saya dan Ekin lagi tetapi mereka lebih berminat untuk bertanya mengenai Cahaya.

"Mereka sebenarnya tidak sabar menunggu kepulangan kami ke kampung semata-mata hendak bertemu dengan anak kami.

"Ternyata Aidilfitri pada kali ini sangat berbeza. Entahlah, sukar untuk saya gambarkan perasaan seronok itu," katanya yang beraya di kampung halamannya di Kulai sebelum ke rumah mertuanya di Johor Bahru.

Sementara itu, Ekin atau Nora’Asikin Rahmat berkata, sebagai ibu, Cahaya kini menjadi keutamaannya berbanding dengan diri sendiri dan dia antara yang paling gembira kerana telah membawa seorang lagi ahli baru bagi menyambut lebaran kali ini bersama keluarga yang lain.

"Seronok rupanya apabila ada anak. Apabila bertemu saudara mara di kampung, macam-macam nasihat mengenai penjagaan bayi saya terima. Malah mereka juga seronok melayan Cahaya.

"Dia ibarat penyeri dalam keluarga kami, syukur. Lebih seronok lagi apabila tahun ini giliran saya pula mengutip duit raya untuk anak," katanya.

Bagaimanapun tambah Ekin, walaupun sambutan Aidilfitri diraikan dengan penuh keterujaan, dia dan Mawi tetap berpegang pada pendirian untuk menyambutnya secara sederhana.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan