Rezeki Nyanyian Caroline Dikongsi Dengan Keluarga

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Caroline memberitahu bersyukur dapat membantu keluarganya.
Caroline memberitahu bersyukur dapat membantu keluarganya.

PETALING JAYA: Juara program Mentor musim keenam, Caroline bersyukur rezekinya dalam bidang nyanyian semakin bertambah kerana ia dapat membantu keluarganya di kampung.

Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel berkata, sejak awal penglibatannya dalam dunia nyanyian dia berhasrat untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan syukurlah apabila dia dapat membuktikan hasrat itu.

"Alhamdulillah saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak kepada ibu bapa dan keluarga di kampung.

"Walaupun tidak banyak tetapi sebagai permulaan bolehlah membantu meringankan beban mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Caroline berkata, dia mengakui semakin selesa apabila mula dikenali ramai dan menganggap perkara itu sebagai tanda baik untuk peningkatan kerjayanya sebagai penyanyi.

Caroline berkata, dia berharap populariti itu tidak akan menghanyutkan dirinya dalam dunia seni yang diterokainya ini.

"Mulanya saya agak kekok dengan dunia glamor yang saya tempuhi tetapi apabila semakin ramai orang mengenali dan menegur saya ketika berada di luar, saya mula berasa selesa.

"Harap-harap ia akan memberikan petanda baik buat kerjaya saya dan bukannya hanya bersifat sementara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusannya untuk tinggal bersama mentornya iaitu Ella, Caroline berkata, ia dibuat kerana Ella tidak membenarkan dia tinggal bersendirian atas faktor keselamatan.

Caroline memberitahu, Ella yang telah dianggap sebagai kakak itu cukup mengambil berat dan dia sentiasa berterima kasih dengan kebaikan penyanyi itu.

"Namun bukanlah selama-lamanya saya akan tinggal dengan Ella kerana dia pun sudah berkahwin, cuma ia hanya sementara waktu.

"Saya sendiri takut tinggal sendirian di kota besar dan kalau dah mula biasa dengan keadaan di sini mungkin saya akan berpindah," katanya.

Sementara itu, Caroline sedang menunggu single pertamanya yang berjudul Melawan Arus Cintamu dimainkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat.

Dia juga tidak sabar untuk melihat reaksi pendengar terhadap lagu ciptaan komposer terkenal, Ajai itu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan