Nadia Zainal Tidak Rasa Pelik Sambut Syawal Di Kota

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadia memberitahu sudah terbiasa menyambut Syawal di kota besar seperti Kuala Lumpur.
Nadia memberitahu sudah terbiasa menyambut Syawal di kota besar seperti Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Berhari raya di kota besar mungkin asing bagi sesetengah individu tetapi ia bukan pengalaman pelik buat pelakon Nadia Zainal yang sememangnya berasal dari Kuala Lumpur.

Nadia atau lebih mesra dengan sapaan Nad berkata, tiada perbezaan menyambut Syawal di bandar kerana apa yang penting semua ahli keluarga dapat berkumpul untuk bermaaf-maafan dan saling ziarah menziarahi.

"Mungkin pada sesetengah orang menganggap berhari raya di bandar tidak seronok tetapi bagi saya, ia tetap disambut meriah.

"Bagaimanapun harus saya akui perayaan di kampung lebih terasa kerana suasananya yang berbeza," ujarnya kepada mStar Online.

Sempat menceritakan memori hari rayanya bersama keluarga, Nadia memberitahu pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan apabila dia berjaya mengumpul duit raya yang hampir sama nilai dengan gaji ayahnya.

"Banyak wang yang saya dapat daripada saudara mara dan saya asyik mengira wang itu kerana saya tidak percaya dengan jumlah yang dikutip," ujarnya yang menjadikan nasi himpit dan kuah kacang sebagai pilihan utama pada hari lebaran.

Dalam perkembangan sama, sambutan Aidilfitri bagi Nadia pada tahun ini diraikan agak singkat kerana dia akan kembali ke set penggambaran filem “Kami Histeria” terbitan Red Communications yang turut dibarisi bersama pelakon seperti Sara Ali, Mila Jirin dan Umi Omar.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan