Hentikan Menuduh Forteen Kumpulan Lelaki Gay

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Forteen yang kini popular dengan lagu Seperti Dulu dianggotai Izzue Islam (baju jingga), One (baju ungu), Ameer (baju biru) dan Ariz (baju turquoise). - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
Kumpulan Forteen yang kini popular dengan lagu Seperti Dulu dianggotai Izzue Islam (baju jingga), One (baju ungu), Ameer (baju biru) dan Ariz (baju turquoise). - Foto oleh AZLINA ABDULLAH

PETALING JAYA: Kumpulan vokal baru, Forteen meminta masyarakat tidak tersalah anggap dengan melabelkan mereka sebagai lelaki gay kerana penampilan yang kemas dan bergaya.

Anggotanya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22, (Izzue) berkata, imej dan fesyen yang mereka gayakan hanyalah penampilan luaran mengikut konsep muzik yang dipertaruhkan.

“Memang sudah banyak kali kami dengar mengenai tuduhan kononnya Forteen adalah kumpulan lelaki gay dan songsang kerana imej yang kami tonjolkan.

“Orang perlu tahu bahawa imej dan fesyen ini hanya luaran sahaja. Hakikatnya, kami adalah lelaki sejati,” katanya ketika ditemui di Menara Star di sini.

Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abd Hamid, 23, berkata, dakwaan itu tidak menjadi isu kerana ibu bapa mereka mengetahui siapa diri mereka yang sebenar.

“Sejak awal kemunculan perkara ini sudah timbul, jadi kami ambil pendekatan untuk tenang menghadapinya. Tiada apa perlu dirunsingkan kerana ia bukan perkara besar pun.

“Ibu bapa tahu siapa diri kami. Persepsi liar orang adalah harga yang perlu kami bayar kerana bergelar artis,” katanya.

Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau One, 23, yang lebih berpengalaman dalam bidang hiburan sejak 2006 pula berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai tuduhan itu sebaliknya mengambil pendekatan untuk memberi perangsang kepada tiga lagi rakannya agar tabah menghadapi dugaan itu.

“Bagi saya lebih mudah apabila kami tutup telinga sahaja daripada memikirkan dakwaan orang yang tidak tahu cerita sebenar.

“Saya banyak menasihatkan rakan-rakan lain agar lebih kuat dan berani hadapi tuduhan ini kerana mereka tertekan ketika cerita ini mula-mula timbul,” katanya.

Seorang lagi anggota Ameer atau Mohammad Arif Ameerais Azhar, 22, berkata dia kecewa dengan persepsi masyarakat yang melabelkan seseorang tanpa usul periksa.

“Secara peribadi, saya kecewa dengan tuduhan begitu tetapi ia terpaksa ditelan kerana inilah harga yang perlu dibayar.

“Lagipun, saya perlu sematkan bahawa tanpa peminat kami tidak akan dikenali seperti hari ini,” katanya.

Mengenai Hari Raya, keempat-empat anak muda di bawah naungan KRU Music ini bercuti selama seminggu sebelum menyambung semula jadual seni mereka.

Izzue dan Ameer pulang ke Kota Bharu, Kelantan, Ariz meraikannya bersama keluarga di Bangi, Selangor dan One beraya di Shah Alam, Selangor buat pertama kali.

TAJAAN:

Solekan: PLAMENTES HD

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan